Posts

Showing posts from 2012

Random

Image
Salam Akhirnya.................Bella dah jadi seorang Ibu! Alfu Mabrook! Batch GenX dah ade anak saudara, ko ade? ko ade? Ko takde kan *tetibe Nak tau tak, baru Isnin lepas Bella dapat hadiah untuk the highest mark dalam Microbiology, hari khamis dah bersalin... rezeki baby~ Kelas Parasitology jadi havoc bila aku umumkan Bella dah bersalin, semua yang tengah tengok microscope terus berpaling. Booo~ padan muka kau worms, anak bella lagi popular. Teringat saat-saat sebelum Bella bersalin, Aku : Dia menendang tak? Bella :Huh! siap main jet ski lagi, segala gymnastic dia dah buat so, ni la baby yang suka main jet ski tu. Aura Nabihah Bt Aizuddin, berat 3.1 kg Semua orang care pasal Bella, haha! even lantai basah pun tak kasi Bella lalu. Tak kasi Bella berdiri lama-lama. Dan aku pun ambik kesempatan terhadap Bella.. Aku : Bella, kalau ko kate kat diorang ko nak makan cheese cake tu mesti diorang bagi potong *sambil main mata dengan cheese cake atas meja* tapi ko

counting the days~

Image
Kalau orang lain akan kata.... 'kesian la dia nanti nak jaga anak lagi' and blablablabla... seems like nak kata tu sesuatu yang tak bagus ke ape? tapi bagi aku.. anak tu rezeki dari Allah tak kisah la in what condition pun. Kalau dah nama rezeki tu, mesti la Allah akan tolong. next week nak bersalin pun, bella masih datang kelas macam kami..dan dia happy siap mengusik minu si tinky winky lagi, dan sempoi je bagi kteorg yang jakun ni usik perut dia. LOL! =D  dan dia kata dia tak rasa sakit lagi.. geez, untuk orang yang takde pengalaman macam aku akan buat muka jakun, seriously? tak rasa sakit lagi? sebab aku selalu tengok muka Ibu berkerut2 semasa sarat mengandungkan faiz. Bella housemate aku yang gila-gila waktu buat persediaan kat INTEC akan jadi seorang Ibu... semoga Allah permudahkan~

oh ho

Image
Last week hectic...memang hectic... lupa nak mention, gua jadi sukarelawan untuk Love Palestin Night haritu, yang ade Nazrey Johani. Muadz, Da'i Nada, jerit sekarang! jerit! the only reason datang sebab nak tengok da'e nada' perform especially lagu maly rabbun siwa. Daripada mata terkebil-kebil tahan ngantuk, sentap jantung bila satu-satunya barang yang dapat diselamatkan semasa perang Al-Aqsam, bendera yang mulanya dilelong dengan harga 400 L.E akhirnya dibeli dengan harga 20 000 L.E. kenapa malas nak beli tiket? sebab kedekut. eh. By being a volunteer, at least I did something. Tak semena-mena jumpa 2 budak keletah tersesat, siapa lagi kalau bukan Wani.. yang kedua Didiey. Dia terus tarik aku bisik, 'ko baik bagitau aku dengan sape ko bertunang?' hanya disebabkan aku balik Malaysia winter break ni. LOL! comel betul la.. siap stalk aku tengah buat kerja lagi. Pastu boleh plak dengan muka innocent tanya, 'dah brape lama dah keje kak?' Hempuk nak? D

Cantikkan?

Image
cinta itu memberi tidak meminta cinta itu baik sangka, tidak buruk sangka cinta itu bahagia tidak derita.  cinta itu mencintai  orang lain dengan cintanya dan bukan mencintai diri sendiri. "jika ingin mendapat, jangan meminta, tetapi memberi" kerana hakikat pemberian itu diberikan oleh Allah sahaja.  kalau engkau mahukan cinta, carilah pada Sang Cinta, habibullah, rasul, kerana Allah memberikan cinta kepada nabi muhammad SAW.  maka, cinta itu sumber akhlak. 'sifat kekasihnya pindah ke dalam dirinya' cinta itu terbahagi kepada 2 jenis. zatnya dan selainnya. zatnya itu terbahagi kepada dua, masuk akal dan tidak masuk akal masuk akal itu terbahagi kepada dua, kesempurnaan dan kecantikan tidak masuk akal itu ade satu, munasabah ruhiyyah. (sangat tersembunyi) sangat tersembunyi kerana kau tidak akan tahu ape yg sama antara kamu, tidak nampak secara zahirnya.  syeikh ajar cara berdoa itu tidak absolute. kite bergantung bukan mengara

Temptation

Image
Salam, Kenapa hari ni rasa macam cuti? mentang-mentang baru lepas exam pharmacology. Mungkin sebab esok nak gi CS, bukan cavernous sinus, jangan buat lawak Anatomy. City Star! Google punyer google nampak ade office etihad kat CS, jadi terpaksalah pergi..terpaksa. Kalau dapat balik Malaysia winter break ni, muahahaha! gua sudah janji sama itu tauke Rhapsody Valley untuk beli itu piano keyboard maa~ sebab tau nanti balik Mesir tak payah bawak banyak barang, jadi boleh seludup itu barang. Walaubagaimanapun, it is SUPER DUPER EXPENSIVE. now you know why I'm still using that kunophone. ok back to the topic, temptation nak.......shopping. Eh? Entahla, tajuk blog tak sampai maksud kot. Baru tadi gedek-gedek blog dena bahrin. Alaa, yang buat video shweet muwwettt yang perempuan dok share kat facebook pasal proposal tu la. I like the way she wears the shawl, kemas, tak jarang, menutup dada. Nice. Tapi suka je la kan, nak pakai macam tak reti. Mesti ambik masa nak pakai, jangan mimpi la

welcome to 3rd year!

Image
Salam~ lame dah tak update blog *ayat basi* Parasitology Pharmacology Pathology Microbiology Semua tu adalah 'hantu-hantu' tahun 3. Kawan Arab aku yang tahun 6 pesan, 'beware of Parasitology and Microbiology'. Dan semalam ade perjumpaan dengan Dean, ok.. aku tak tau ape-ape pun yang korang request dekat dean, tapi aku sokong point, 24hours library. Kenapa aku tak tau ape-ape? sebab aku skip. See, once a penyangak always a penyangak. Perkenalkan ni dean aku, nampak macam Albert Einstein.. First time tengok rasa macam nak jerit.. 'Albert Einstein!! nak autograf~~'. Beliau sangat baik, daripada lecturers, pekerja sampai la students semua suka. Setiap petang, dean luangkan masa untuk students yang nak tanya soalan pasal study. Dan...masih single. Enon kate dia nak husband yang ade Phd, aku suggest kan dia pergi taqdim Dean. Giler la, kalau menjadi boleh buat kenduri satu universiti. Ok, mengarut. Ya, saya pelajar Perubatan Tahun 3 dan ya, saya masi

3 Hari lagi..

Image
Salam Hari ni 23hb , lepas tu 24hb, 25hb, 26hb balik Cairo........... ma ma malasnyeeeeee..... tampar diri sendiri, dah ponteng kelas pun malas lagi. Kelas dah start 16hb, dasyat kan cuba kire brape hari dah ponteng, ingat universiti tu bapak sendiri yang punyer. Tapi ok la kan, ponteng secara berjemaah, tu la waktu beli tiket semua pakat nak balik hujung bulan 9, nasib baik beberapa lecturer tangguhkan kelas sebab ramai budak Malaysia yang tak balik lagi. =D Lepastu boleh plak malas nak tukar tarikh, wawawa..well, I have my own reason ye... Qatar, Kul-Doha-Cairo. 23kg..... 23kg je?!! ke.....de...kut.... EgyptAir pun 46kg tau.. Semalam I had a conversation with ibu me : Ibu, ayong rase ayong nak ambik lesen.............. *tak sempat habis ayat lagi ibu : kapal? angah: kereta api? ibu: lori? angah: bas? ibu: kapal terbang? *dan berterusan sebut nama transport.. me: lesen....scuba diving ibu: HUH?!!!! Aku memang bagus dalam bab buat ibu terkejut, yup! now it's in my

from kak Tambah..

Image
Salam.... After all those dramas.... yang memang tak boleh cerita kat sini. Pagi-pagi bukak facebook nampak gambar yang kak Add edit (sometimes we call her kak tambah)... buat orang tergelak sorang-sorang depan lappy. I use the captions made by kak Add. kekalkan originality, mengarut-ngarut kat bawah tu gua punyer keje. sometimes we attend Isoc's dinner sometimes we celebrate our birthdays abroad That's me!! Bertuah la kan birthday jatuh pada winter break It's called bench-freestyle. Happens only in the presence of bench Yes, bench madness We do the same anywhere we go..kurrkurrkurr.sesungguhnya diriku amat terhibur dengan aksi kanak2 ribena ini National Museum of Scotland memang best, serious. tak cukup kaki nak jalan. Tapi mengenangkan diri cepat bosan dengan perkataan 'Sejarah'..hmm...boleh la, well at least aku khatam pasal geography macam mana tanah Scotland terbentuk, ok la kan. caught red-handed  Me, Tasneem, Maher, Syida buat

Yiruma

Image
Salam... Baru lepas buat reading pasal Bach (Johann Sebastian Bach) tapi biasalah kan, kalau orang yang tak tahan heavy reading memang cepat distracted. Yiruma is my favourite, aku rasa aku penyumbang terbesar untuk number of views, especially 'River flows in you'. Aku dah dapat music sheet, dan aku cuba main lagu ni dengan cikgu piano. Nak dengar berita buruk? Cikgu piano aku kata, ermm dari segi notes, agak boring sebab tak banyak skill. Aku tak percaya, Yiruma kot! Paling banyak aku replay dalam ipod. Then I tried, dan....ermm....memang agak bosan sebenarnya, stop! agak bosan tapi sebenarnya paling susah. 'Music is the thought before notes' that's why cikgu aku membebel banyak-banyak kali bukak wikipedia dan buat reading. Memang malas, tapi lepas sedikit demi sedikit aku buat reading, baru  faham kenapa dia tak berputus asa membebel. Tau kenapa Beethoven cipta Symphony 9? Fur Elise? Ok la, paling latest. Kenapa Yiruma cipta '27 May'? Kalau tau,

RAYA! RAYA! RAYA!

Image
Salam~ Nyimpen jenang neng jero tin, arek digowo mareng suro, keluputan kulo lahir batin, salah silap njalok ngapuro 25/8/2012.. rasa macam sekejap je dah habis Ramadan, rasa macam nak balik semula ke Batu Pahat, Johor =D Terlupa yang sebenarnya dah habiskan masa 5 hari kat rumah nenek! =D Ini selalu berlaku di pagi raya, bila ayah dah nak bersiap sembahyang raya and me tak mandi lagi -gambar ditangkap oleh ibu  Beraya kat Johor memang fully kampung ness, dan bilangan ahli pun.. boleh kata infinity. Sampai sekarang aku tak tau the exact number of my cousins, ikut mazhab ibu, 69 orang tapi Wak Yus kata lebih 70++. Untuk tahun ni, kekecohan didominasi oleh generasi baru, haha! anak saudara la.. bayangkan ade almost 30 budak dari bayi sampai la 16 tahun. So, sekarang kena bahasakan diri 'acik ayong' dan yang nak tergelak dengar biler ibu & ayah bahasakan diri 'nenek' & 'atuk'. HAHAHA! Ayah ade 12 orang adik-beradik, budak-budak tu bertuah la

no name

What can you do when your good isn't good enough? When all that you touch tumbles down? 'Cause my best intentions keep making a mess of things I just want to fix it somehow But how many times will it take?

Just a thought..

Image
Salam Ramadan... Bila ada jemputan kahwin berduyun-duyun, bukak invitation siap dengan lagu lovey-dovey terang benderang trang tang tang 'jemputan ke walimatul urus', dapat pulak dari kawan sebaya. Terasa peer pressure... eh? Naah~, tumpang gembira, akhirnya dah berjaya jumpa 'the one' yang Allah dah takdirkan. Barakallahulakuma! =D Dan baru-baru ni gaya bahasa ibu dah lain sedikit, 'kalau blablablablablabla ..... macam mana nak berlaki?!' *haaa~ kan aku dah cakap. Bayangkan sekumpulan ladies duduk depan lappy tengok video perkahwinan Irma & Redza, beberapa minit kemudian bertukar menjadi 'histeria secara berjemaah'. I know, been there, done that. Perempuan memang allergic dengan perkara yang anyonyonyo-shooo-shweett.. Tetapi....kalau kembali semula ke alam nyata, memang takkan wujud 'happy ever after', ok fine! wujud kat Disneyland. Mungkin la histeria sekejap bila tengok majlis kahwin or proposal sweet tahap langit petala ke-lapan t

O & G

Image
Salam Ramadan... I can't sleep *sape suruh engkau pergi tibai Nescafe tadi* so, daripada membuatkan ibu berleter sebab susah nak bangun sahur lebih baik aku stay up. Well, conteng-conteng kat sini pun boleh maa~ O & G. What it stands for? Oil & Gas? nope! Obstetric & Gynecology.. kalau ade nama 'gyne' tu confirm la bab perempuan kan. Dalam bidang ni, you don't have to deal with male patient unless kalau bab infertility la. To be frank. Aku memang tak belajar lagi pun bab ni, cuma masalah dari diri sendiri yang nak menggatal pergi apply O&G. Nah! amik engkau~ Masuk labour room terus terdiam. Why me 'menggatal' nak apply? sebab....for me, bahagian ni menarik. Seriously, kalau tengok dari sudut general la kan outcome nye mostly happy things. Permulaannya memang la sakit, perit, derita but the outcome is happiness, which is baby! =D Ade satu 'nature' yang tak berapa seronok bila buat attachment di Malaysia..*kot* Memang students akan bu

1st attachment..

Image
Salam... Dah lama tak update, hehe malas dan takde point sebenarnya. Recently, buat attachment di hospital. Baru je start untuk department A&E but....ya Allah, penatnya jangan cakap dan pelik macam mana doktor ni boleh tahan, I did simplest procedure je ambik ECG, bagi injection, ambik darah dan sambil menyendel sebelah doktor-doktor mintak tolong terangkan pasal penyakit, dan ambil history patient kononnya nak tingkatkan communication skill, discuss with senior medical students from UIA. Lots of things I learnt, daripada pesakit sendiri, even family members, doctors, Medical Assistants, and medical students. Tak lupa jugak kes 'pelik'..hahaha! boleh agak tak apa reaksi doktor jumpa 'sponge' keluar dari luka pesakit. Pakar orthopedic sendiri pun pelik 'what the **** is this spongy thing?!'  it's not bone marrow dan akhirnya benda tersebut adalah sponge. 1st day sangat takut, serious. Tapi beberapa jam kemudian buat muka tak malu je. Bak kata kak jiha

spirited away

Image
Salam.. Mintak maaf kepada sesiapa yang Google pasal cerita 'Spirited Away' tapi end dekat post ni. Ha ha ha. Lepas satu, satu lagi datang. sampai sekarang aku terfikir, 'mana aku dapat tenaga tu?'. Tak nak cerita pasal kisah tu dari mula sebab kisah tu memang dah popular pun. I guess. Sejak keluar je dari rumah dah rasa tak sedap hati, terus dapatkan syakiey 'Ini bukan plan aku!' then she said 'Plan Allah kan yang terbaik'. Terserempak dengan Dina dan dia dengar cerita dari A-Z dari Tneem, dan berulang kali dia sebut 'Alhamdulillah..alhamdulillah', dan konklusi dari Dina 'Dari awal memang dah nampak yang Allah memang tak nak bagi'. Tak makan dari pagi, dan perkara tersebut berlarutan selama 2 hari. Dan dalam keadaan hypoglycemia tu, entah mana datang energy untuk berlari ulang-alik. Geez, sympathetic memang hebat. me: aku takde selera atul: we need to stay alive! kita kena fight esok! *rasa macam dalam The Hunger Games. LOL! T

Debate

Image
Salam.. Esok flight, packing baru separuh, itupun nasib baik dah start packing selepas kena paksa. Hari ni aku bukak facebook hampir sepanjang masa. Ulang suara, sepanjang masa dan aku tengok movie The Hunger Games! Then, ter review balik gambar ni, gambar yang di ambil sewaktu kteorang masuk peringkat Final untuk debate. Pernah ade sorang kawan pernah tanya 'ape yang best pasal debate?', *sangat general kan soalan dia?* then I replied, 'Debate bukan bermaksud awak nak membuktikan awak betul dan pihak lawan completely salah 100% tapi macam mana trick audiences, adjudicators supaya diorang percaya dengan kata-kata awak, macam mana awak nak berpegang teguh dengan prinsip awak. Satu lagi, it's about knowledge. Setiap motion perlukan awak untuk banyak membaca, cari fakta yang boleh sokong. So, awak akan dapat banyak general knowledge la'. Sekian terima kasih, pendapat lemau dari aku. My teammates are awesome! seriously, we are completing each other. Tapi ade sa