Temptation

Salam,

Kenapa hari ni rasa macam cuti? mentang-mentang baru lepas exam pharmacology. Mungkin sebab esok nak gi CS, bukan cavernous sinus, jangan buat lawak Anatomy. City Star! Google punyer google nampak ade office etihad kat CS, jadi terpaksalah pergi..terpaksa. Kalau dapat balik Malaysia winter break ni, muahahaha! gua sudah janji sama itu tauke Rhapsody Valley untuk beli itu piano keyboard maa~ sebab tau nanti balik Mesir tak payah bawak banyak barang, jadi boleh seludup itu barang. Walaubagaimanapun, it is SUPER DUPER EXPENSIVE. now you know why I'm still using that kunophone.

ok back to the topic, temptation nak.......shopping. Eh? Entahla, tajuk blog tak sampai maksud kot. Baru tadi gedek-gedek blog dena bahrin. Alaa, yang buat video shweet muwwettt yang perempuan dok share kat facebook pasal proposal tu la. I like the way she wears the shawl, kemas, tak jarang, menutup dada. Nice. Tapi suka je la kan, nak pakai macam tak reti. Mesti ambik masa nak pakai, jangan mimpi la nak pakai macam tu kalau 10 minit sebelum kelas baru nak sarung tudung.


me: syida, ko rase aku feminine tak?
syida: kalau orang tak kenal ko akan kata ko feminine kot, tapi kalau dah kenal....*she paused*...takde langsung!

Suatu hari, aku pakai shawl hadiah birthday dari Qayyah, masuk kelas dengan muka konfiden miss world, tapi lebih gedik macam mintak penyepak. Mengumpulkan keyakinan seorang perempuan, tiba-tiba...

maher: HOYY!! PENYEK!!

terus negative 10 siiiiooootttt keyakinan keperempuanan aku. tau la muka aku kecik.

Ibu: kamu nak kain baju raya yang macam mana? warna apa? corak macam mana?
me: kain yang tak payah gosok..

*krik krik krik krik*

Mana pergi hormon perempuan aku?!!

Ketika sedang membuang masa, tersuka pulak bila tengok website Cala Qisya, suka dengan jubah tu tapi scroll punyer scroll dah sold out. Tapi ye lah kan, kalau boleh order pun, macam la boleh free shipping ke sini. Maka yang ada sekarang, jubah-jubah arab yang besar gedabak ni. Haish, bersyukur la skit, orang Malaysia punyer la order jubah dari sini.

Ok ok..tau kena study pathology Dr Faisal nak buat test..






Comments

Popular posts from this blog

Finally

jawap soalan, *PIANO*

nurul nabihah bt zakaria~~