Pages

Friday, August 15, 2014

Sayonara!



For some reasons, seperti betapa tak matured nya diri ini dan terus rasa malu bler baca semula ayat budak-budak di zaman dahulu kala, terpancul terus dari mulut 'What was I thinking!'. See, I'm growing up be matured hew~. So the point is, I'm no longer using this blog. Create yang baru. Muahaha! Kalau bernasib baik jumpa la kot. Can't wait to post about my trip to Krabi in my new blog! Till then, adios amigos!


Friday, June 6, 2014

To Miss Tasneem

*khas untuk orang yang baru 22 tahun & bakal final exam lagi 10 days*

Salam,

Firstly aku tulis kat sini sebab mobile internet aku dah nak habis, and because it's weekend yaw! *my guilty please me time*

Rasanya aku orang last wish belated birthday ko. hewhewhew. berzaman kau jah. Sweet 22 baby, may you have great future ahead. Please please please live your life without fear. Go beyond the border as you have your own potential. To be afraid what comes to you, is a waste. (Berterabur grammar, ko paham la kan main point nye)

Sebagai hadiah, aku suruh hrithik roshan kasi ni kat ko.



Dilon me tum Apni Betaabiyan leke chal rahe ho,
To zinda ho tum.
Nazar me khwaabon ki bijliyan leke chal rahe ho,
To zinda ho tum.
Hawa ke Jhokon ke jaise aazad rehno seekho Tum,
Ek dariya ke jaise lehron mein behna seekho Tum.
Har ek lamhe se tum milo khole apni Baahein,
Har ek pal ek naya sama dekhe Nigahein.
Jo apni ankhon mein hairanian leke chal rahe ho,
To zinda ho tum.
Dilon mein tum apni betabian leke chal rahe ho,
To zinda ho tum.
If You are moving with an Eagerness in Your Heart,
Then You are Alive.
IF you possess the Lightening of Dreams in your eyes,
Then You are Alive.

Learn to Live Freely like the Gusts of Wind does,
Learn to Flow in Waves Like a River does.
Meet every Moment with Open Arms Always in your Life,
Every Moment a new Weather should be seen by these Eyes.

If You are moving with a Bewilderment in your Eyes,
Then You are Alive..
If You are moving with an Eagerness in Your Heart,
Then You are Alive.
Dari ape yang ko cerita kat aku sepanjang ko berkawan dengan aku. Your past especially, aku rasa aku tak bosan nak ingatkan ko yang..
Kau takde sebab untuk mengaku kalah. 
Sebab ko dah lalui lebih dari ape orang sekeliling ko lalui, dan ko dah pass ujian2 tu.
Your life story is unique for Allah has created it specially for you. Because you have THAT strength. 

Nampaknya terlalu banyak hrithik roshan menyumbang dalam post ni. =.= Nak buat camne dah dia inspire aku. hehehehe...

Tak kisah la apa-apa pun yang ko tengah buat sekarang dan di masa hadapan. Don't think too much.
JUST DO IT!


Friday, May 23, 2014

If you see the mansion, you will leave the dollhouse.

Sebenarnya dah lama nak tulis pasal ni, tapi tak tahu nak tulis apa. Apa yang akan tertulis, memang direct spontan sebab tak plan and I just spill it out.

My late grandma left on 21st April, well it's not the only thing happened that night. I lost 2 persons, not in one day but in one night. I couldn't imagine that I could actually bear the burden that much and only few persons knew.

I was so traumatized.

I cried so badly, so badly that I couldn't stand straight. The table is only 5 steps from the bed but I couldn't walk straight. Then I had bad headache and I remember I slept with the picture of my late grandma beside me. That's all.

The next morning, I went to class as usual, like nothing happened. Thank God, the eyebag was hidden behind the spectacles. I even diagnosed the case correctly. "You are a good student. I've been observing you". How could the doctor said that when my mind was....blank like an empty box.

 Lost 2 persons in one night for me was too much.

****ok, aku saja tulis dalam English supaya tak nampak emotional sangat, tapi terasa poyo***

Malam tu, malam yang paling perit pernah aku alami. Hari seterusnya, aku texting dengan Angah je, macam mana dengan keluarga ayah? Macam mana dengan saudara semua? Mata aku ke depan, dengar lecture, tiba-tiba mata aku bertakung, kepala aku kosong. Nasib jadi back bencher, orang tak sedar.

Aku cakap aku hilang 2 orang tapi aku lupa pada seorang lagi, seorang lagi yang aku hilang malam tu..

Aku lupa nama penuh dia,
Aku lupa macam mana rupa dia,
Aku lupa jasa dia,
Aku lupa semua yang dia pernah cakap,
I forgot every details.
Dan aku tak tau kenapa,
My friend said, it was sort of Retrograde Amnesia,
Aku harap tak.
Sekejap je aku dah ingat semula.
Tapi itupun bila ingat semula rasa macam, 'Oh, semua ni pernah berlaku ke'
But today, I remember every single details.

All of these are in the past. It's 24th May already. I can't believe I went through this!

Kenapa aku lalui semua ni? Sebab pada asalnya dah timbul rasa takut. Takut akan kehilangan. My biggest lost when I was 12, my late grandpa left me. I was his 1st grandchild though. =) Setiap masa nak melekat bersama.

Manusia akan pergi dari satu attachment ke satu attachment. Sebab kita takkan puas, sebab kita suka rasa bahagia sampai timbul rasa takut kehilangan. Bila Allah ambik semula, kita melatah (ok, aku sebenarnya). Tapi kalau kita nampak dan tahu perkara yang lagi besar, mesti tak melatah. If you see the mansion, you will leave the dollhouse. Kalau kita nampak syurga, kita takkan terpedaya dengan dunia.

Perkataan 'Duniya' sendiri berasal dari word 'Daani' which means the lowest. Fitrah manusia, bila perlukan sesuatu, akan ambil yang paling dekat sekali. Sebab senang, cepat, dan kita rasa kita dah cukup bahagia tapi kalau kita dah rasa macam mana bahagia dekat syurga, mesti dah tak hiraukan dunia.

Mesti tak timbul rasa takut kehilangan. =)








 



Wednesday, April 23, 2014

Because I'm a human too.

'Ko kuat nyaahhh!'

'Hey ana yang kuat tanpa muscle berketul-ketul'

'You are strong enough'


Semua orang cakap aku kuat.
Tapi diorang tak tau, kadang-kadang aku tak nak pun jadi kuat.
Sebab..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Penat.

Monday, April 21, 2014

Nenek

*air mata ni, dah tahan-tahan pun keluar lagi* Stop grieving, rasulullah s.a.w tak suka.

Mon, 21 April 2014. 21:57 pm

Too many bad news in one day, salah satunya
Dapat tahu, nenek dah kembali ke rahmatullah.

Sebelum nenek meninggal. Dah lama dah simpan, dah lama dah rasa tak sedap hati, dah lama dah rasa kacau bilau. Kalau ikutkan dah tempah tiket balik.

All I could do, was asking my cousin and my mom,

'Nenek makan tak?'

'Nenek bercakap tak?'

'Nenek macam mana?'

and it goes on.

Tak boleh concentrate study, tu pasal la jawab end-block tunggang-langgang. kalau terfikir je terus tido. Takpun terjun je swimming pool. No, I dont want anyone to see my tears, the pillow was wet though. Up until now, even my roommate doesn't know. Tasneem pernah pesan, 'Don't bite more than you can chew', tapi kalau dah tak boleh kunyah, telan je la kan. Monologue je la dalam hati, Allah Maha Mendengar. Kalau Allah nak tarik nyawa nenek dalam masa terdekat, biarlah dalam keadaan tenang, dan tempatkan nenek dalam golongan orang-orang yang beriman. Waktu swimming pun aku siap bermonolog lagi, 'ya Allah kalau aku dapat buat backstroke sampai habis, kabulkan doa aku.. please..please..' -part vongox dengan diri sendiri-

Nenek,

Allah panggil atuk, sebelum ayong lahir lagi. Tapi Allah kasi nenek anak 12 org, cucu 70++, cicit 30++ .Sampai sekarang ayong tak tau jumlah sebenar sebab nombor asyik bertambah....dan berkurang. Acik Mael banyak kali dah suggest buat carta family tree, tapi tak terbuat, sebab banyak sangat kot. haha!


Nenek,

Dulu waktu ayong kecik, bila orang tanya ayong siapa kawan baik ayong, ayong jawab 'nenek'. =)

Acik mael bagitau, 'nenek dah macam ni....nenek dah tak boleh.....', kadang-kadang ayong benci ayong belajar medicine, sebab ayong tau semua yang Acik Mael bagitau tu simptom yang tak baik. Ayong selalu distract diri nek, tapi those memories keep flashing back again.

- Dulu Nenek tunjukkan balik gambar2 arwah atuk bagi ayong kenal sebab ayong tak sempat jumpa, bangga kejap, sebab arwah atuk tough!

- Teman nenek siram pokok sekeliling rumah yang banyak giler, nenek kena dengar ayong merungut berat nak angkat baldi penuh dengan air, nenek mesti jawab, 'Alorh, nenek buat sorang tiap-tiap hari'

- Nenek yang selalu bercerita pasal ayah waktu kecik-kecik.

- Kalau ayong buat nakal, nenek back up. 'Jangan bising-bising, acik mael dengar nanti' hehe.

- Dulu waktu raya, ayong duduk atas riba, demand nak nenek ajar anyam ketupat, but i was so impatient, and you hold my hands so that my fingers moving along with your fingers. Haha! tapi ayong end up tertido kat dapur.

- Nenek punya bahulu paling best! It is so fluffy inside. Mengendel-ngendel tepi nenek, asal dah siap bakar je, ayong masuk mulut. 'Dah siap aje, kau masuk mulut, kok dah macam mana nak banyak'

- Ayong ingat lagi nek, ayong bangun pagi tengah mamai, nampak nenek kat sebelah, 'Tahun ni aje, kau dah balik 3 kali' Pastu nenek senyum. Kalau kampung tak jauh, ayong nak balik setiap kali cuti nek.

- Ayong dulu hyperactive sangat, sangat. Biasanya ayong tertidur kat mana-mana je. Ayong tau bila ayong bangun tido je, dah ade orang letakkan bantal, selimutkan ayong. Sebab ayong selalu terjaga tengah malam, nampak nenek round satu rumah, selimutkan setiap orang. =)

- Dulu kat tepi rumah kampung, ade 'mini zoo', I called it mini zoo sebab belakang jaring tu penuh dengan lembu, itik, ayam, kambing. Setiap kali ayong nak teman nenek pergi bagi makan, mesti ayong berhenti separuh jalan, menyorok belakang nenek, sebab ayong benci angsa! 

Syukur alhamdulillah, umur nenek panjang, nenek takde penyakit. Nenek pergi pun sebab sakit tua.

But I'm growing up, and you're getting older. We cannot stop the aging process.

Ayong ingat lagi first time nenek dah tak ingat ayong,

I was talking to you, and you were looking at me blankly, 'Kau siapa?'

I stood there, freeze.

Ayong tak boleh nak salahkan siapa-siapa, apatah lagi Allah. 'Ni ayong la nek, anak acik Tip', and I had to remind you over and over again. Tapi yang kelakarnya, ade satu benda nenek tak lupa, nenek akan selalu tanya, 'Kau dah makan?'

- Raya haji tahun lepas, ibu pass kan handphone bagi ayong cakap dengan nenek. Ayong tanya,

 'Nenek dah makan?'
 'Nenek makan ape?'
 'Nenek sihat?'
 'Orang lain tengah buat ape?'

Nenek jawab je, tapi last skali ayat nenek, 'Engkau kat mana? kenapa tak balik, jumpa nenek~'
Ayong nangis tapi terketawa jugak. Hahaha! Ayong tau je, nenek dah tak kenal ayong pun, tapi nenek tetap nenek. Pastu ayong dengar sepupu yang lain terangkan kat nenek, 'Jauh la nek, jauhhh~ kena naik kapal terbang~'

Acik Mael, pesan tahun lepas, melihat kepada keadaan nenek, 'Mungkin ni kali terakhir raya dengan nenek'

Ayong ingatkan ayong dah mentally prepared, bila Abang Emal mesej ayong, 'Ade dapat berita dari kampung tak?' Waktu tu ayong dah tau nenek dah pergi. Abang Emal suruh ayong call bagitau ibu, relax je suara ayong call ibu. Tapi lepas tu, ayong tak tau kenapa laju je air mata ni keluar.

Dunia ni sekejap je. Semoga nenek tenang di sana. Ayong redha.






Monday, March 31, 2014

Because it's complicated.

Salam~

3 hari cuti termasuk Chandramana Ugadi, pergh! aku bangga betul boleh sebut word ni laju2.
3 hari yang macam zombie & heartless. aku memang dah sedia heartless tapi kali ni lagi prominent.

Bila heartless terlebey-lebey ni, laju je mulut aku lepas, straightforward terus cakap, tak payah simpan-simpan, senang. Tak ingin aku kumpul dosa cakap belakang, sebab aku pun tau dosa aku dah bergunung-gunung.

Bila aku fikir balik, interaksi dengan manusia ni susah. Tak kisah la laki ke perempuan, both sama je kalau orang tu sensitif, especially perempuan la. Haa~ kan dah berputar belit dah ayat aku. Tadi kata dua-dua sama.

Secara logik nya, orang akan senang terasa dengan apa yang kita cakap, walaupun benda tu betul ataupun benda tu memang kesalahan dia (denial? or selfish?)
Tak tegur kang, menyimpan,
bila menyimpan kita nak mengadu kat orang, bila mengadu, orang tu pun tau kesalahan dia. Dah nanti takut judgemental.
Kelemahan aku pulak, bila aku lepas, ayat aku memang 'sedap', untuk tak nak 'sedap' aku kena diam, nanti lukakan hati orang.

Dah hape ke complicated sangat hidup ni?! Kenapa tak boleh 'Give & Take'

Lagi satu,
Sesuka hati je dia letak kita kat tepi, untuk berfikir ape ke benda, tak bagi signal, tak bagi apa.
Pastu bila ok, buat macam takde benda berlaku.
Yang ni pun aku baran. Dahi aku memang tertulis kot 'Use only when in need'. #Aku-tengah-tahan-diri-dari-menaip-apa-jua-perkataan-adjective-yang-tidak-enak-untuk-didengar-seperti-'mangkuk!'.

Kadang-kadang, rasa malas dah nak jaga hati orang, sebab tak semestinya orang akan jaga hati kita.
Sebab tu la, ustaz ustazah kata 'Jangan bergantung kepada manusia, letak pada Allah~'
Sebab tu selalunya aku lagi suka sorang-sorang.

Tapi orang tua-tua cakap, 'Hidup ni tak boleh sorang2, nanti siapa nak tolong kita bila kita susah'

haaa~ kan dah complicated balik.

Maka aku pun membawa diri dengan DSLR aku, baru tadi aku nak try tangkap gambar Bokeh, tiba-tiba battery low. Hidup ni memang complicated.