Budget hacks

Hola,

So, I'm in 33 weeks of pregnancy. Bye 2nd trimester, hi 3rd trimester. Ya tuhan, mengah nye 3rd trimester ni tuhan je la yang faham. Cepat penat, heartburn, kaki bengkak, nak tido tak selesa and the list goes on. I miss the 2nd trimester glow, energetic, perut tak besar lagi, appetite bertambah. Sekarang nak makan banyak pun tak boleh sebab senang heartburn.

And yes, still unemployed. Lama lagi la nak masuk HO nampak gayanya and bila ade single income je dalam rumah, kena la cheap in here cheap in there, but I need to know how. And I found this website!

https://ringgitohringgit.com/

Paling suka sebab applicable kat Malaysia. Since kalau Google / Youtube / bukak Pinterest macam mana nak berjimat, keluar ler tips omputeh, mana la nak applicable kalau harga barang tak sama, supermarket pun berbeza-beza, barang pun lain-lain.

Satu perkara yang perasan, how big difference it can make kalau tak order air fancy bila makan kat luar. In fact, contohnya air most favourite seluruh alam - Teh Ais. It can cost up to RM2.50,  Tau la sedap tapi kau tak sedar air tu manis gler, kau tak tau brape gelen susu pekat manis anney tu tuang dalam tu. #doctormodeOn . Dah besar dah, dah rasa semua jenis air, maka sila la bertukar ke air suam / air kosong / or bawak sendiri air. Lagipun, bila minum air kosong, lagi cepat perut hadam sebab dia tak pening, banyak sangat bendalah kau melantak. Gituh.


Next, try to eliminate those 'mini luxury' contohnya Starbucks. Hmmm part ni susah sikit tapi sis cuba. I studied in Egypt, yang mana rumah sewa atas kedai kopi. Paham tak hari-hari bangun pagi dah bau orang brew biji kopi. Aroma tu addictive tau. Kopi kat Egypt murah, pastu kat situ lah aku belajar melepak kat kedai kopi, Costa Coffee tu dah macam 2nd home dah. Situ lah bergosip, de-stressed, habis exam pun pergi situ, study pun kat situ, sebelum back for good pun pergi situ.

Pergi India pun, ade CCD (Coffee Cafe Day), tak la se best coffee kat Egypt tapi boley la. Walaupun balik Malaysia, Costa Coffee baru berjinak sebagai vending machine kat Shell. Tapi Starbucks tak jauh dari rumah masalahnya. Saje kan cari alasan. Tak boleh minum kopi sangat waktu pregnant, takpe green tea dia sedap. How much you will spend kat Starbucks, approximately RM20. And that amount, that amount! is equal to separuh gaji yang aku dapat ajar tuisyen untuk 1 jam. Gigit jari kau. Untuk a cup of coffee. Bila fikir macam tu, baru la boleh kawal nafsu sikit. Tapi kadang-kadang once in a month terlajak jugak.

Sampai situ je la sis merepek, point asalnya sebenarnya nak kata kalau tengah nak cari budget hacks atau sebagainya sila la ke website tersebut. Sangat informative! Penting untuk saving, tapi bukan berapa banyak yang kita saving tu yang penting, tapi bijak tak bijak nya kita berbelanja. 

Comments

Popular posts from this blog

makanan didahulukn, perut diutamakn~

taking over my mom..

my result~