Yiruma

Salam...

Baru lepas buat reading pasal Bach (Johann Sebastian Bach) tapi biasalah kan, kalau orang yang tak tahan heavy reading memang cepat distracted.



Yiruma is my favourite, aku rasa aku penyumbang terbesar untuk number of views, especially 'River flows in you'. Aku dah dapat music sheet, dan aku cuba main lagu ni dengan cikgu piano. Nak dengar berita buruk? Cikgu piano aku kata, ermm dari segi notes, agak boring sebab tak banyak skill. Aku tak percaya, Yiruma kot! Paling banyak aku replay dalam ipod. Then I tried, dan....ermm....memang agak bosan sebenarnya, stop! agak bosan tapi sebenarnya paling susah.

'Music is the thought before notes'

that's why cikgu aku membebel banyak-banyak kali bukak wikipedia dan buat reading. Memang malas, tapi lepas sedikit demi sedikit aku buat reading, baru  faham kenapa dia tak berputus asa membebel. Tau kenapa Beethoven cipta Symphony 9? Fur Elise? Ok la, paling latest. Kenapa Yiruma cipta '27 May'? Kalau tau, bler dengar semula mesti terperasan diri sendiri..hoho, aku la tu.

Expression dalam music bermula dari the simplest piece, apa sebenarnya yang kita nak sampaikan kepada orang yang mendengar music tu. Manusia berkomunikasi dengan cara berbeza, untuk menzahirkan perasaan, ada yang melalui penulisan dan musik. Dalam cerita 'Nodame Cantabille', Nodame kena baca pasal Mozart baru dia boleh main Twinkle Twinkle little star Mozart's variation. Dia bermain dengan menggunakan 'cara pemikiran' Mozart..-ayat berterabur, faham-faham sendiri la

'from your very first move I know who you are'

seram kan kalau orang cakap macam tu, biler cikgu piano aku cakap macam tu aku rasa macam dia ade kuasa mind-reading je. But it's true, a musician doesn't lie (aku bukan musician ye, ni refer pada orang lain). Dengan cara dia bermain menunjukkan karakternya and who he/she is as a musician.

Aku tak pernah habis pun main  Yiruma - River flows in you', tapi ade skali aku main, tak sempat habis, Timah terjah dari luar 'nape macam sedih je lagu tu'. Hahahaha!

Comments

Popular posts from this blog

Finally

nurul nabihah bt zakaria~~

jawap soalan, *PIANO*