oh ho

Last week hectic...memang hectic...

lupa nak mention, gua jadi sukarelawan untuk Love Palestin Night haritu, yang ade Nazrey Johani. Muadz, Da'i Nada, jerit sekarang! jerit! the only reason datang sebab nak tengok da'e nada' perform especially lagu maly rabbun siwa. Daripada mata terkebil-kebil tahan ngantuk, sentap jantung bila satu-satunya barang yang dapat diselamatkan semasa perang Al-Aqsam, bendera yang mulanya dilelong dengan harga 400 L.E akhirnya dibeli dengan harga 20 000 L.E.



kenapa malas nak beli tiket? sebab kedekut. eh. By being a volunteer, at least I did something. Tak semena-mena jumpa 2 budak keletah tersesat, siapa lagi kalau bukan Wani.. yang kedua Didiey. Dia terus tarik aku bisik, 'ko baik bagitau aku dengan sape ko bertunang?' hanya disebabkan aku balik Malaysia winter break ni. LOL! comel betul la.. siap stalk aku tengah buat kerja lagi. Pastu boleh plak dengan muka innocent tanya, 'dah brape lama dah keje kak?' Hempuk nak?

Didiey: 'You owe me one thing'

Sangat determined....

Nampak tak masalah dunia kat sini?


these pictures originally dari DSLR Pengiran

ok, aku surrender... gua memang kaki jalan

ade orang suka tengok bangunan, aku lebih kepada nature that's why I love Edinburgh!!! =D Metot, that girl yang tak habis-habis goda aku suruh ikut dia skali tu pun suka nature. Dan susah nak cari orang yang sanggup turun Holland semata-mata nak tengok tulip. I've been dreaming nak tengok tulip!! tulip! tulip! dan secara kebetulan tarikh tempat ni dibukak serentak dengan tarikh cuti kami. Nampak tak masalah dunia tu semakin berkembang.

kalau nak pergi tempat yang cantik macam ni, best kalau ade DSLR.. aku takde, tapi metot ade. aku perlukan dia! seriously!!

Orang membebel, buat ape nak jalan sana jalan sini..Orang berkata, “Berjalan bermusafirlah melihat kebesaran tuhan-Nya di ciptakan mereka berfikir….”

"Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana Allah memulai ciptaan kemudian mengulanginya? Sesungguhnya yang demikian itu mudah saja bagi Allah. Katakanlah:'Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu." (QS. 29:19-20)



Dengan perhatikan alam, kita dapat berfikir tentang kebesaran Allah, dari situ la kita dapat tingkatkan iman kita. ke salah?. Baru 5 minit sampai Cliff of Moher dah terpancul dari mulut 'Cantiknya~ macam berjalan dalam gambar'.. terlupa yang sebelum tu sepatutnya kita memuji ciptaan Allah. Ternging-ngiang kembali ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan alam yang Ustazah Karimah tafsirkan. Pendek kata mentadabbur alam. Gua cakap memang la senang, 'mentadabbur alam'...tapi pergi dulu travelling...and feel it~~

Ayah aku pesan: Pergi la belajar budaya orang lain.

dan waktu kat perpustakaan France haritu, terserempak dengan seorang translator dan dia memang suka membaca terutamanya tentang culture. Dan bila aku tanya antara budaya Jepun & Cina yang mana beliau lagi suka. Beliau jawab soalan aku yang aku sendiri pun tak sedar berbaur racism dengan penuh educated, sampai buat aku terfikir sampai balik.

Literally, beliau jawab macam ni la. Bila kita melihat budaya orang lain, kita kena hormat... how? by observing and accepting. Kenapa mereka begitu? kenapa begini? Not by being judgemental, tak suka kenapa mereka macam tu, macam ni.

So, those are the reasons why gua suka berjalan. Dari mata kasar orang akan nampak, duit confirm la mengalir keluar macam air, nampak macam pembaziran eh...judgemental la you ni. From my perspective, waktu muda ni la aku nak buat apa yang aku nak, selagi ada kudrat, selagi suami tak restrict tak boleh gi sana tak boleh gi sini *ops*, selagi belum masuk zaman torture a.k.a H.O (housemanship officer), selagi tu la nak tambah ilmu & pengalaman. Ada banyak ilmu yang kita belajar bila kita kat tempat orang. 

Excuses macam 'susah nak dapat makanan halal' dan 'matawang mahal nak mampus' dan 'negara barat tak banyak masjid tak macam kat Egypt bersepah-sepah' . Adat la tu, but you know how to handle it kan, lots of solutions meyh. Contohnya, kalau dah tau kaki shopping...*ops, terasa terasa*, pesan kat kawan awal-awal suruh tarik tangan bila dah nampak diri tercongok lama-lama depan banner besar tertulis 'SALE! 70%!'. *Tolong la ade ubat untuk allergic perkataan 'Sale'. Ataupun prepare fulus siap-siap kalau nak menabung kat Zara, H&M, Dunnes,  dan adik-beradiknya. Manage your budget peeps!

Dan kita akan jumpa beberapa problems..contohnya pernah delayed flight waktu transit kat Amsterdam due to security. Airport jadi havoc giler atas sebab ade seorang yang disyaki bawak bom.atau drama comel kayla yang sampai flight yang tunggu dia. Those are experiences, kalau sentiasa dalam safe zone macam mana nak belajar?

berleter punya berleter, masalah dunia aku tak selesai lagi


problem solved!
  



Comments

Popular posts from this blog

makanan didahulukn, perut diutamakn~

taking over my mom..

my result~