the last chance..


Salam~~~~~~

Kita dah masuk pada fasa terakhir bulan Ramadan, fasa untuk berlumba cari lailatulqadar.

I wrote an entry about Ramadan, tapi letak kat blog batch..hehe..so, kirenye this is my first post untuk blog sendiri.
******************************
Meletakkan diri serendah-rendahnya, sekerdil-kerdilnya sehingga tak terlawan dengan darjat srikandi syurga, mahupun sahabat nabi, apatah lagi Nabi Muhammad s.a.w.

Memohon keampunan, ibaratkan inilah peluang terakhir, Ramadan terakhir. Mendalami sifat Allah yang Maha Pengampun, Maha Mulia lagi Maha Penyayang.

Bersyukur dengan segala nikmat, kurniaan Allah. Menerima segala ketentuaanNya dengan redha. Berdoalah untuk sahabat seagama di negara lain, yang nasib tidak sebaik kita.

Berhak atau tidak untuk kita menyambut Aildilfitri? sedangkan hari tersebut sempena kemenangan untuk umat Islam setelah menjalani ibadat puasa dengan TEKUN. Yang mana perlu dikejar? bulan Ramadan ataupun Syawal?

********************************
I rarely express my feeling, tapi sesiapa pun boleh rasa 'ketenangan', 'kelainan' dalam bulan Ramadan. Perasaan yang ada bila melihat masjid bercahaya, dengar suara imam berkumandang pada malam yang nyaman. Tak masuk masjid lagi pun, dah boleh tersenyum.

Biler kita tak luahkan sesuatu dengen sepenuh hati, perasaan tu akan berkumpul dalam diri kan. Sama macam kita sukakan seseorang, tapi tak lafazkan. perasaan tu akan menggunung. The same concept, Kumpul sebanyak mungkin, rasa cinta pada yang UTAMA, cari lebih banyak peringatan yang ditinggalkn oleh nabi Muhammad s.a.w, jadikan sebagai peringatan. Revise semula segala ibadah sepanjang tahun, consistent atau tak? Dan waktu tu, kita akan tahu darjat kita pada Allah, betapa MENGHARAPKAN keampunannya. Terasa 'desperate' .berdoa supaya Allah tak membolak-balikkan iman, supaya kita lebih tekun beribadah. Luahkan segala-galanya di atas sejadah.

Then you'll feel, rasa sedihnya biler Ramadan tinggal berapa hari je lagi.............

p/s:



--boleh bukak ke 2 video ni?, sorry klau tak boleh..but, sesiapa yang tengok......akan rasa, sangat sangat rindu pada Rasulullah. Video ni tak boleh lawan Titanic beb.

Comments

Anonymous said…
mekaseh atas peringatan yg bermakna ni...terharu skejap...semoga Allah merahmati kamu dan keluargamu...

Popular posts from this blog

taking over my mom..

what you will do when......

cara hilangkan stress masa hari exam~~