Do you think it's easy for me?


Salam ~~

Sekarang semua orang dah tau result, now this is my story.

Unfortunately, i was in KL waktu result dikeluarkan. Ish! tengok sendiri kat umah kan lagi bagus. so, i asked Syidot to inform my result..biler syidot macam nak tak nak bagitau, so taknak
cakap ikut mulut, i asked her to text me.sah! result tak best. Yup! SANGAT tak best. nak tau?
kena dhur tani a.k.a repeat paper. not for one subject but two. Macam ditampar pipi kiri &
kanan. What can I say? memang lepas abis je exam, aku tak rasa sedap hati. Nak celebrate pun rasa macam ade something yang tak habis lagi, so aku bertawakal macam berserah je la. He knows whats the best for me. so, yeah! this is the best for me.

Siapa yang suka kena repeat paper? siapa yang tak rasa sedih kalau kena?

Tapi, siapa tahu rasa seksanya nak menahan perasaan? Malam tu jugak aku call Ibu, and bagitau semua ni, Do you think thats it's easy for me untuk bagitau berita ni tanpa ada perubahan nada dalam suara? Do you think it's easy for me untuk jawab semua soalan Ibu? especially biler Ibu tanya sempat ke tak raya kat sini? *biasanya repeat paper 1 week before raya* Aku anak sulung, kalau aku anak kedua ke ketiga ke at least ada abang or kakak untuk mengadu. Aku taknak tunjukkan kesedihan yang sebenarnya aku sendiri pun tak larat nak tanggung depan Ibu & Ayah, itu dah macam meletakkan separuh beban kat
diorang.

Pak cik aku pernah pesan, 'Ibu & Ayah manusia biasa, tak semua diorang
boleh tanggung.kalau ada apa-apa yang berlaku, ayong kena jadi orang ke-3 yang kuat'. Aku meletakkan diri aku kat tempat diorang, dan aku dapat rasa yang statement aku kena balik awal pun dah cukup berat untuk ibu & ayah.

I was in my aunt's (Acu) house. Do you think it's easy for me untuk tak menunjukkan perubahan dalam riak muka supaya Acu tak kesan apa-apa? Do you think it's easy for me untuk menahan perasaan sedih tu until Acu & Pakcu masuk tido so that I could cry? Do you think it's easy for me to cry alone in the dark room tanpa
keluarkan bunyi supaya Acu & Pakcu tak dengar? sounds silly, tapi try la sendiri. Aku tak boleh tido malam tu memikirkan macam mana nak hadapi perkara ni. This is my first year.
Aku tak dapat gambaran pun macam mana situasi repeat paper tu, cara pemarkahan, topik apa yang masuk, tarikh tetap exam pun tak tau, nak tukar tarikh flight balik pun tak tau, macam
mana nak balik dari airport ke rumah, kunci rumah pun takde, duit sewa rumah tak bayar lagi, buku nak revise pun tak cukup, dah la kena balik sorang-sorang then kena tinggal kat umah
sorang-sorang. First time aku rasa cukup terbeban & aku berdoa sangat supaya Allah ringankan beban aku.

Keesokkan harinya, aku keluar dengan Maher, Tasneem. Aku dah janji nak keluar, aku takkan sanggup tiba-tiba nak cancel kan plan ni. kalau cancel nak buat ape? menangis air mata darah kat umah? Seharian aku berlakon, Do you think that it's easy for me to keep smiling & laughing? walaupun dalam hati rasa macam nak meletup? Some people would think, why not to share it with them? Takkan aku nak buat Maher & Tasneem pun rasa macam tu jugak. Better diorang layan aku macam biasa.

Semasa tunggu Taneem kat KL Sentral, aku call Ibah & Hanis *Timah helped me too* asking for books, sebab buku yang aku bawak tak cukup. I didn't asked for any support or warm words, tapi Ibah dengan sweetnya bagi kata-kata semangat & hari tu jugak dia pos buku. =D Aku tumpang wi-fi McD & dapat message Faiz Apol mintak nombor, ade hal nak bincang. Guess what, malam tu dia call & aku dapat tau nasib dia pun sama dengan aku, dia tak beli tiket balik lagi *so, boleh suruh dia beli sama dengan aku so aku tak balik sorang2*, dia tanya lecturers, 2 subjects tu repeat selepas raya, *dapat raya 1st day kat M'sia pun, alhamdulillah sangat*, dia suruh kawan yang stay kat Egypt update kan pasal info ni, & nanti dia bagitau aku..waahh!! alhamdulillah~~

Keesokan harinya, dah janji nak keluar dengan kak liana, sementara menunggu, I watched Harry Potter. Tak berhajat pun nak tengok, sorang-sorang pulak tu, tapi entah, rasa macam nak tengok. Dah lama tak baca buku Harry Potter, waktu hari tu, Aku revise 1 perkara pasal Harry Potter, D.e.t.e.r.m.i.n.a.t.i.o.n. I waited for kak liana at MPH, & secara tak sengaja, I found a book 'Jangan Berputus Asa', which put me closer to Him. Nasib baik kak liana datang lambat *KTM delayed*, sempat habis baca buku tu. =D Guess what, aku jumpa 1 sudut 'Think Positive' side dalam MPH, tu khas untuk barang-barang yang tulis positive
words. sempat la 10 kali tawaf sudut tu. Lastly, dapat jumpa kak liana!! dia terang pasal Law of Attraction & Law of Connection. memang la tu teori, tapi betul la kan. If you think negatively, negative things will come to you and vice versa. and suddenly kak liana kata, 'hana, kenapa
akak tengok mata hana macam nak menangis? tapi kadang-kadang berubah?'.
Hancur harapan nak jadi pelakon terbaik, but still she doesn't know why. sebab i replied 'oh ye ke, mata hana memang macam ni' pastu cepat-cepat tukar topik.

Do you think it's easy untuk berlakon 2 hari berturut-turut? balik je dari jumpa kak liana, the sad feeling came back. Balik umah, tak tau nape tapi terus tertido. 3 messages kak liana tak terbalas pun. I woke up at 2 a.m, cuba nak hilangkan feeling dengan tengok TV, channel masak-masak AFC pun jadi ler, Iron Chef. but guess what, I learnt something, chef tu pernah kalah 2 kali berturut-turut kot! dan dia cuma ada 1 je lagi peluang. Kalah dua kali tu dah cukup malu tau, kalau dia kalah kali ke-3, nama tempat dia bekerja akan down. For the first time aku tengok seorang chef masuk dapur dengan bersemangatnya. He's recovered from the pain.

Biler aku balik umah, bukak facebook. Tiba-tiba Anis Zarina hit chatbox, aku agak pelik la, Anis bukan orang yang aku rapat, tak pernah berborak pun tapi malam tadi, dia bagi semangat kat aku! yeay!! =D Faiz Apol pun! yeay! for the first time, aku dipuji & rasa sangat terharu dengan Anis & biler Apol cakap, 'aku tak suka kawan aku sedih' rupa-rupanya ada orang yang hargai kte lagi..hee~ Do you think it's easy for me yang selama ni dikelilingi dengan orang yang tak sedar pun dengan kehadiran aku, always boastful, selalu dibanding-tarakan dengan orang lain as if macam ada sistem kasta (siapa cerdik, siapa tak), with people who always looking down on me. Bile dikelilingi dengan orang camni rasa macam nak bagi sumpahan Avada Kedavra, sabor je la. For the first time, Anis buat aku rasa sangat dihargai. It's not riak, but at least i regain confidence. thanks Anis & Apol!

Siapa-siapa boleh cakap, aku tak study sebab tu kena repeat. Hanya Allah yang tau, ape yang aku dah korbankan, banyak mana effort aku. Sebab aku percaya Allah lebih sukakan Usaha berbanding natijah. Result exam adalah sesuatu yang aku tak boleh kawal, kalau Allah nak bagi, Dia akan bagi & sebaliknya, ape yang aku boleh buat usaha sampai lah paper soalan sampai kat tangan. Aku tak mengharapkan mumtaz, sebab aku taknak riak. Perjalanan aku jauh lagi, biar jatuh awal jangan jatuh akhir. Aku pernah mengadu kat Cikgu Noriyah, waktu sekolah dulu,

'cikgu! kenapa orang lain buat sekejap je terus dapat jawapan, saya plak kena buat banyak-banyak kali'. --soalan matematik je pun--

'awak kena bersyukur awak kena buat banyak-banyak kali sebab Allah nak bagi awak pahala'

aku ingat ayat tu sampai sekarang. yeah! the least thing i hope for is, pahala dari Allah. dan dengan dugaan ni akan dapat hapuskan dosa. I always pray that Allah would make me to be stronger sebab tanggungjawab yang aku galas bukan ringan. what I have to do is, Walk this line. Allah takkan uji aku dengan perkara ni kalau aku tak mampu.


Comments

alfieyra_alip said…
ana...sabar ek.. xpe2x.. pasni wt yg terbaik tw.. kak ana lyh wt nye..insyaAllah... alip doakn ana lyh wt ek... moga Allah permudahkan urusan ana.. jgn cdeyh2x tw... nty alip pon cdeyh gk.. heee +_= all da best ek....
Anonymous said…
ana ! chaiyOk2 ! ! jagan sedih2 ..jgan cepat give up ! kdang-kadang Allah x bagi kte kejayaan awal2 sebb Allah menjanjikan kejayaan yang lebih baek untuk kita..kak mayrah pOn penah macam ana even kak mayrah x amek medic cm ana..penah gagal time first year but final year alhamdulillah..yang penting think positive ! usaha ke arah yang terbaek..=)
Azura Mendezz said…
Xpe..i pon sama cam u dulu..
masuk sem 3..paper sume hard core..
kalo xrepeat mmg xsah..
Tp finally grad jugak..dgn kelulusan yg sama..
setiap org ada bahagian dia dlm kehidupan ni..
jgn nmpk apa yg ada depan kita..
tp renungkan apa yg mendatang..kisah2 yg lepas tu pon jdkan pedoman..
hati kene kuat ok?? =)
ATULDOM said…
Ana~~ stay lah kt imarah, umah KITA ade org.. jgn lah dok umah sorg2..

nnt kte mentionkan dkt dak2 yg dok kt umah tuh. yeah?

u can do it, :)
SA said…
Allah uji tanda Allah sayang.
sabar eh. kuatkan semangat.
ade hikmah ni.
Allah dah simpan sesuatu yg lagi bes untuk Ana.
mane tahu kan? :)

Always know that if Allah brought you to it. He'll definitely get you through it. Be positive~

stay strong oke.
doakan awk dari jauh. :)
h.iqbal said…
Kita sering menyangka panas sehingga ke petang, rupanya Allah turunkan hujan di tengah hari tanpa disangka-sangka.Tapi jangan lupa, sebenarnya Allah nak bagi kita pelangi yang cantik.. ^_^

http://mujahidahsakinah.blogspot.com/
afiq zulhilmi said…
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji?
xpe2..jgn jadikan ujian tu sbg penghalang untuk capai kejayaan...
banyakkan doa..insyaAllah
anasm said…
pray 4 da best...insyallah you can do it...
jgn sedih2..
metot ade je kat mesir..
boleh teman.. hehe..
nurshahida said…
ana adikku yg tomeii!u can do it...put your feet forward!!ecechh...i'll be standing besides u!
Siti K said…
ana, miss palin once give me these phrases:

It takes both sun & rain to make a rainbow.

and I believe in those words.

me too, in my 2nd time. jom usaha sama2! :)

[yeah, i know. berat mata memandang, tapi berat lagi bahu yang memikul. no doubt. be strong!]
I said…
bersabarlah! sesungguhnye setiap yg berlaku pasti ade hikmah di sebaliknye,
a!m! said…
wow ana, you're inspired me !
thanks, even kte nak cakap2 pun jarang2 , ade ke. hhe terima kasih ana, you have such great spirit.
InsyaAllah, kejayaan yang paling manis menanti buat kita atas kegagalan sebelum ni.
:) suka semangat tu .

Popular posts from this blog

taking over my mom..

what you will do when......

cara hilangkan stress masa hari exam~~