Surah An-Naba'




Salam~

Habis surah An-Naba' maknanya tamatlah juzuk amma. Aku, Syida & Enon pilih untuk start tafsir+hafal+tasmi' Juzuk Amma, sebab...surah-surah tu kan surah makiyyah, ada banyak cerita & janji Allah kiranya macam baca buku cerita la takde la berat sangat nak dibanding dengan surah madiniyyah~ Bila masuk part exciting contohnya cerita pasal syurga boleh jaw dropping sebab terasa bahagia, tapi bila masuk part azab neraka rasa macam nak tutup telinga. Kalau gambaran hari kiamat semua akan terdiam, sebab tak terbayang. So, sepanjang kelas
dengan Ustazah Karimah tu jadi macam drama skit. Hew~

Just nak cerita secara keseluruhan je, kalau explain semua it will be a loooooooooooong post sebab ada 40 ayat.

Ayat pertama, 'Tentang apakah mereka saling bertanya?

Orang-orang kafir bertanya adakah betul Allah akan membangkitkan manusia semula selepas hari kiamat? ayat 1-16 menerangkan bukti kekuasaan Allah, Allah mampu buat macam-macam yang lebih besar lagi, atas alasan apa untuk persoalkan yang Allah tak boleh nak hidupkan manusia semula? Cara ustazah Karimah terangkan ayat 1-16 tu sangat comel..hewhew~

Antaranya, Allah jadikan gunung-gunung sebagai pasak bumi *sebab tu la, jangan hancurkan gunung* ukuran dari atas tanah sampai ke puncak gunung adalah 1/3 daripada ukuran sebenar seluruh gunung. Malam ibarat pakaian yang tutup bumi, dan dijadikan malam untuk rehat siang untuk bekerja. Hujan turun dari awan yang diibaratkan macam kita perah jus buah *you know what I mean*

Bila ayat 17, diterangkan pulak pasal hari kiamat. Kalau teliti ayat tu, ada perkataan 'mikatan' adalah perkataan madhi a.k.a past tense. Kalau ikut logik hari kiamat tak berlaku lagi, so kenapa terangkan dalam bentuk past tense, sebab............. betapa Allah nak menunjukkan hari kiamat tu AKAN berlaku, Allah terangkan dalam past tense. contohnya, 'Semalam, aku jumpa Kayla' so,
bermakna memang dah PASTI dah aku jumpa Kayla. Kalau diterangkan dalam bentuk 'akan datang' boleh bawak makna 'jadi atau tak jadi'

Pada Hari kiamat, selepas malaikat Israfil meniup sangkakala, manusia akan datang dalam bentuk berkumpulan. Dan akan terbuka pintu kat langit dan turun lah malaikat-malaikat untuk menyaksikan hari tersebut, dan peristiwa ni akan berlaku dekat negara As-Syams, (tak silap, Hafiz Bashar dah pecah-pecahkan negara ni, Damn!) negara As-Syams ni Arab Saudi, Syria, Palestin, Lubnan & Urdun. Negara As-Syams ni akan bertukar jadi baru, tanahnya berwarna silver. Waktu ni la kteorang jaw dropping tak boleh macam mana malaikat turun.

Gunung-gunung akan hilang seperti mirage, supaya tiada orang pun yang boleh berlindung dari Allah. Neraka Jahanam or place of ambush akan ambik ahlinya dengan pergerakkan diibaratkan contohnya korang nak tangkap nyamuk dengan 1 tangan. Selaju tangan tu, selaju tu la Jahanam akan ambik ahlinya. Menjadi tempat bagi orang yang melampau batas, duduk dalam tu rasa ibarat bertahun-tahun lamanya, tak rasa sejuk, minuman pun air yang menggelegak takpun nanah, mereka akan diazab mengikut kejahatan yang dilakukan. Sepanjang hidup mereka, mereka tak percaya yang Allah akan mengazab mereka sedangkan Allah dah bagi amaran.

Amalan setiap orang akan dihisab, *termasuk jugak yang bukan Muslim* dan direkod. Kalau mereka mintak belas kasihan, maka Allah akan melipat-ganda lagi azab. Orang yang bertaqwa akan menang, ada kebun-kebun dan buah anggur, lepastu perempuan yang ehem! ada buah dada yang besar, umur yang sebaya tak terlalu tua or tua, waktu ni la kontroversi skit bila aku tanya 'Tu untuk orang laki ke? abis tu......kteorang (means perempuan la)~~~?' *sambil menguis-nguis meja~* Lepas tu satu bilik gelak. LOL! ustazah pun jawab 'sama jugak untuk perempuan cuma bertentangan la' *nak jugak kan~*

Waktu kiteorang cerita ayat ni dengan Tiqah & the gang, Tiqah cakap

'2 ayat tu nak gambarkan fitrah kita sebagai lelaki & perempuan, lelaki kan lebih kepada nafsu perempuan kan suka sesuatu yang lembut. Dan semua nikmat tu ada kat syurga.

'tapi tak aci la, suami kita dapat bidadari'

T: 'kat syurga pun ada bidadara la *LOL!* lagipun kat syurga mana ada sifat cemburu. Isteri yang solehah akan jadi ketua bidadari, ada dalam hadis Rasulullah s.w.t, ada orang bertanya dekat syurga nanti ada orang berjimak jugak ke? Rasulullah s.w.t jawab ada malahan berganda-ganda lagi nikmat berbanding di dunia, digambarkan pulak sampaikan bidadari ketuk pintu dari luar 'bagi la giliran kami pulak', *ok, aku tak nak bagitau cerita ni dekat suami aku...* tapi kalau kita jadi ketua bidadari boleh potong line bidadari yang lain.....'

'kalau bidadari tu berganda-ganda cantiknya, maknanya kalau kita jadi isteri solehah kita akan jadi berganda-ganda lebih cantik la?~'

Bila Tiqah cakap ya, terus melompat 'kalau macam tu, nak jadi isteri solehah la!' =D

'Tengok janji Allah dalam AQ pun boleh buat orang happy'


ok, tutup cerita kalau cakap pasal suami isteri gatai naa~. Kembali semua kepada surah An-Naba', ayat-ayat yang seterusnya menceritakan pada hari kiamat tu tiada siapa pun yang dibenarkan bercakap dengan Allah melainkan mendapat kebenaranNya termasuklah malaikat dan pada hari itu Rasulullah s.w.t yang paling banyak bercakap dengan Allah. Hari tu la kita dapat kita dengar Rasulullah s.w.t memuji Allah dengan nama-nama yang tak pernah kita dengar kat dunia ni, Rasulullah sujud dan selepas tu Allah berkata kepada Rasulullah 'Mintaklah apa sahaja yang kamu mintak, maka aku akan berikan' Sesiapa yang mahukan keredhaan Allah kena menurut setiap perintahNya

Hari tersebut adalah PASTI! ayat 'kembali' dalam tafsir tu merujuk kepada kata nama, 'Allah', kembali lah semula ke jalan Allah. Semua orang akan tahu setiap perbuatannya dalam 'buku rekod' tu, dan Allah dah ingatkan kepada orang kafir tentangnya. Pada hari tu, 'buku-buku' tu akan 'terbang' kat atas dan kalau kita sambut dengan tangan kanan-syurga, kiri-neraka. Dan waktu tu la, orang kafir menyesal 'alangkah bagusnya kalau menjadi tanah' Kenapa 'tanah' sebab..........binatang pun akan dihisab untuk menunjukkan yang Allah itu Maha Adil, contohnya ada haiwan A mencederakan haiwan B, maka pada hari tersebut, haiwan B akan mendapat kebaikan haiwan A..tapi at the end semua haiwan akan menjadi debu tanah, tak masuk syurga tak masuk neraka. Tapi Tiqah tanya bukan ke anjing ashabul kahfi ditempatkan di syurga. Ada jugak kan haiwan syurga, hmm...tu tak pasti...kena tanya ustazah balik

The End

tu lah kisahnya~ dan tamat juzuk amma next 2 weeks ada revision untuk juzuk ni, haih~ nasib baik ustazah nak tasmid berperingkat-peringkat...semoga dapat tasmi' lancar, amin~~

p/s: tak reti nak buat tulisan arab untuk rujuk perkataan yang ada dalam surah tu, sorry~ kalau nak lebih faham bukak tafsir. Kalau ada kesilapan sila tegur. =D

Comments

Popular posts from this blog

makanan didahulukn, perut diutamakn~

taking over my mom..

my result~