perihal kahwin

salam

cerita pasal kahwin. First time kot, aku tulis post pasal ni.hmm, ramai pulak yang tiba-tiba cakap pasal kahwin.. Biasanya girls la, berangan nak baju kahwin macam ni la, nak laki cam ni la, majlis kahwin camni la. Girls kalau seumur hidup sekali tak cakap pasal ni tak sah. Aku senyum je..hehehe. no comment. sebab apa yang aku fikir lain dari apa yang orang fikir.

ni normal girls yang fikir:

'I nak majlis kahwin kat garden, style English'

'nak baju warna kuning, nanti orang ingat ada majlis kahwin kerabat' heh! macam aku heran je..


'nak majlis kahwin ala-ala kontemporari, cantik kan style sekarang.'





tak pernah pulak aku dengar

'nak baju kahwin warna hitam putih, macam taik cicak, nice kan?'



For me, aku selalu terbayang aku sebagai pengantin spoiler. Sebab pernah disuruh jadi flower girl, tapi digantikan dengan akak tembab sebab semua orang cari aku tak jumpa, rupa-rupanya aku tengah main masak-masak. Pernah disuruh jadi pengapit, tapi aku buat mak andam tu terkejut beruk sebab dress mak cik hampir melayang cecah lecak.


part gambar kat atas ni, orang kata moment 'anyonyo sho shweettt~' heh!! tapi aku selalu terbayangkan, andai kata tiba-tiba aku hayunkan dahi ke depan kononnya tak sedar sebab tutup mata, tup tup terhantuk kat bibir suami. pastu bibir suami aku berdarah. Ingat tanduk bola ke apa. OMG! jadi bahan gelak cucu-cucu akan datang.


then, akan ada moment sementara akad nikah si perempuan akan duduk ayu ayu kat tepi. andai kata la kan, macam mana kalau aku tersengguk ? exam penting Sejarah PMR ngan SPM boleh tersengguk..aish, alhamdulillah nasib baik A. habis tu ni nak cakap, moment penting akad nikah pun boleh tersengguk, alhamdulillah nasib baik jadi bini orang. boleh ke macam tu? ngeh!

Pernah dengar style orang propose? macam-macam kan. Yang paling buat lama aku fikir biler orang letakkan cincin dalam makanan. Kononnya biler perempuan tu makan, tiba-tiba terjumpa cincin. Korang bayangkan letak cincin macam ni..
dalam ais-krim sundae ni...
Untuk perempuan yang giler aiskrim or apa-apa jenis makanan, confirm la aku akan fikir positif sebab aku takkan keluarkan balik apa-apa yang dah masuk mulut. Mesti la aku fikir, kacang hazelnut kot, badam kot. Aish, pastu cincin tu mesti melekit...pelik..pelik...

Dalam masa 3 bulan I'll be 20 years old. hmm..Kalau umur 19 tahun pun Ibu dah start topik.

'Kamu ni, diri sendiri pun tak reti nak jaga, macam mana nak jaga lagi sorang?'

'Ibu maksudkan kucing ke?' hehe..taktik tukar topik. Juz kiddin je dengan Ibu, faham je maksudnya.

Kadang-kadang terfikir jugak tapi ada yang lagi penting, Adik-adik kena utamakan, then stabilkan ekonomi keluarga, bila dah dapat support parents baru boleh fikir. Tapi ada pulak yang mencelah, 'Kalau dah jodoh camne?', aku nak jawab, 'Biar je jodoh tu datang, tak yah cari. Allah lebih tau kita dah bersedia atau tak.'

p/s: untuk awak kat luar yang entah mana, yang dah ditentukan untuk saya, hehe..jangan datang awal-awal boleh? rasa seram~~





Comments

alfieyra_alip said…
tumbs up...nice post..hee..suka ble moment2x yang spoil...heee +_= bia la owg len nk kte pe pon..tu maksudnya cara kita berbeza dengan yang lain... heee +_=
Liana said…
sayang xlehbla la last2 tu. jgn dtg awal2.. hahaha..

anyway, akak harap exam hana lancar2 je ! Amin !! salam sayng dan rindu slalu fillah !

kak liana
Dr Widad said…
flowr girl? kahkahkahk :)
kau kene jadi flowrr girl aku nanti kalau aku kawen hahaha
:)

Popular posts from this blog

Finally

jawap soalan, *PIANO*

nurul nabihah bt zakaria~~