SCOTLAND! =D


Salam~ =D


Ye ye..aku tau ramai dah balik ke Egypt semula, gua balik next week yaw! peace! =D Sekarang masih di Dublin, esok nak pergi ke Belfast & Galway, kak Add yang akan drive~




Why I put this picture? sebab aku pakai jumper Edinburgh, Scotland bersesuaian dengan entry dan hukhuk ni je la satu-satunya gambar yang ditangkap kat Balnchand Town, syurga shopping dekat Dublin! Syida sangat suka benda yang berbulu-bulu di atas kepalanya and it costs only 1 Pound, pantang nampak nombor 1 kat tanda harga.

Kat Scotland kteorang pergi 2 tempat je, Edinburgh & Glasgow..tapi, Glasgow tempat shopping je, macam City biasa dan banyak kedai barang berjenama. Waktu tu, ZARA buat SALE, boleh dapat 3 Pound je kot, hewhewhew~ Tapi kalau nak beli souvenir Scotland lagi banyak kat Edinburgh, rasa seribu penyesalan biler tak beli keychain banyak-banyak kat Edinburgh.
Walaupun dah balik dari Scotland, tapi bayangan Edinburgh terasa lagi. Pergi sana macam
berada dalam gambar, subhanallah~ memang tempat terbaik la nak mentadabbur alam.


Permandangan dari atas!










bangunan kat Edinburgh semuanya style lama-lama, cantik! macam klasik~






Pagi-pagi hiking atas bukit, boleh nampak Edinburgh dari atas
.



I LOVE THIS PICTURE!




Macam 4 arnab di sebalik rumput~



Dengar kata bangunan ni di smokey kan oleh arang-arang yang dibakar lepas tu asap tu melekat la kat bangunan tu, sebab tu hitam legam semacam je. Nak naik sampai ke puncak 3 pound, mendaki la kau 287 tangga sampai ke puncak. Tapi waktu tu aku pergi carik kopi, 2 pound boleh masuk perut la der. Maleh den nak pancat bangunan pagi-pagi.

Edinburgh Castle! dyorang kate macam castle dalam citer Shrek.








Syida kate laki yang pakai skirt scottish nampak charming...ngeh~ laki melayu pakai kain pelekat petak-petak jugak, tak charming ke?

4 musketeers jalan-jalan cari pasal






Boleh berangan kaki panjang macam SNSD~

Gambar ni confirm la menunjukkan kteorang pergi Camera Obscura! Tempat ni pernah masuk Majalah 3. Alaa...tempat yang ada banyak-banyak cermin perlbagai bentuk, boleh main dengan cahaya la pelbagai.




yang macam batang panjang tu yang control camera obscura yang berada 150 M kat atas (seingat aku tu la nombornya), dan image dipantulkan, so boleh nampak seluruh Edinburgh.
Susah kot nak jumpa orang Melayu, tambah lagi kat Edinburgh yang memang tak ramai orang ni. Kebetulan, jumpa Ulya dari Jordan, betul la kate ustazah, muka dia macam Jenol. Tasneem kate tu saudara jauh dia. Dan...dan...dan...terkeluar la jugak nama 'you' ketika itu.

We were in National Museum of Scotland. Ok, kalau buku teks Sejarah tak ngam dengan aku, apatah lagi muzium, dah tertido pun kat situ. Tapi to be frank, muzium ni memang best la, cuma orang macam aku je yang tak reti hargai......until...... i found this section. Tempat boleh pakai baju 16th century punyer~
Dah tak cukup page dah..ni baru pasal Edinburgh belum Glasgow lagi. Tapi seriously, tempat ni sangat cantik sampaikan Syida kate nak pergi lagi kat sini untuk honeymoon. Hew~ Tapi tempat cantik pun scary jugak, pasal setiap Closed a.k.a lorong kecil tu ade kisahnya contohnya murder. Dan ade story lelaki yang gali kubur, cari mayat untuk dijual. Siap ade service Ghost Tour lagi.

Next time la sambung lagi. Oh ya, tadi baru tengok debate sempena Islam Week. Tajuknya.. 'God: Solution or Delution?' sangat menarik ok, ramai non-muslim yang tengok dan ade banyak respon. Esok ade program 'Be a Muslim for a day', ape dyorang rasa bila sehari puasa, pakai hijab, tak boleh sentuh boyfriend, tak boleh keluarkan kata-kata kesat, dan even solat bersama? (join kak Add dalam Islam Week kat UCD, dUBLIN) Orang kate, kalau nak rasai keindahan agama Islam pergi negara bukan Islam. Why? Next time la citer, gua nak tido. chow!

Comments

... said…
salam hana darling

wahh, pandainya hana jalan2.. and have so much fun!

btw, jealouslah hana pakai hijab cantik sgt2!!=))

Popular posts from this blog

makanan didahulukn, perut diutamakn~

taking over my mom..

my result~