Edinburgh & Cliff of Moher
Kalau tanya nak pergi mana untuk 2nd time, jawapannya Edinburgh & Cliff of Moher! Tempat ni, subhanallah sangat cantik~ Tempat yang mana duit akan selamat *sebab takde shopping mall* dan rasa...takjub, speechless mungkin. teringat surah At-Takwir, ayat 3
Muka jakun jumpa salji.. transit kat Amsterdam pun jadi ler~
'dan apabila gunung-gunung dihancurkan'
further translation yang ustazah karimah ajar, apabila tiba hari kiamat, gunung-gunung akan berterbangan atau hilang seperti kapas di udara. *At-Takwir adalah salah satu daripada 9 surah yang menceritakan tentang hari kiamat*. Now, can you imagine macam mana gunung yang tinggi-tinggi tu boleh jadi macam 'kapas' bila hari kiamat nanti?
Dalam Asmaul husna, disebut Al-Alim (Maha Mengetahui). Ilmu Allah tak terbatas.
“Dan seandainya pohon-pohon di muka bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh lautan lagi, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (QS. Luqman: 27).
Boleh tak bayangkan laut seluas-luas pandangan tu, lepas digandakan pulak takkan cukup untuk dijadikan dakwat untuk menulis kalimat Allah. Subhanallah~
Ok, gambar kat bawah ni menceritakan sesuatu. Suka lepas kat kedai kopi, baca buku *biasanya novel*, itu aktiviti kegemaran aku. Tasneem, Syida, Maher tak habis-habis kata... 'eeeeeiii, ana ko ni macam orang tua.' 'ko tau tak pakcik-pakcik sederet ngan ko tu semuanya dah tua'. Aku pun tak tau nape aku suka..wakaka..
Gambar ni ditangkap kat Glasgow, Scotland. Pertemuan dengan Ulya kat Camera Obscura timbulkan banyak soalan kat kepala, kenapa aku ditakdirkan pergi Scotland? kenapa aku jumpa Ulya? dan bila berborak dengan Ulya...
'dari RMC? maknanya kenal la A___ A___?'
'oh, kenal sangat budak tu.......blablablabla' dan start la bukak cerita pasal 'you'. *oh no*
Waktu aku dengan Syida tengok sunset dekat Edinburgh Castle, she asked me..
'ko mesti rindu dia kan?' *OH MY~*
I didn't ask for these, soalan yang ada dalam kepala ialah kenapa? kenapa? dan kenapa?
'ko terdetik tak, manalah tau terjumpa 'you' kat sana' *OMG!* tak, tak..itu sangat menakutkan ok, ya menakutkan bagi 'you'. So, I choose to do 'sweet escape' dengan cara baca novel & duduk kat kedai kopi sorang-sorang.
Comments