Selamat Menyambut Aidiladha!!!
Orang Mesir sambut aidiladha lagi meriah berbanding aidilfitri..Yup! dan mereka sangat murah hati bagi daging ya, kalau tak peti ais umah aku takkan la sampai tak boleh tutup kan *sila sujud syukur farhana. 1st day raya, disebabkan rumah aku depan masjid je, so takbir raya tu clear giler cuma tak dibaca dengan 'nahwan' macam kat Malaysia.
Sehari sebelum tu, puasa A'rafah dan iftar jama'ie ramai-ramai. Bayangkan masing-masing bawak potluck. Heaven~ Kalau mukadimmah nye saje dah mee bandung, the rest tu tak terbayang la kan. Pastu, balik umah dengan perut cam sarat mengandung.
Tak lengkap kalau tak pergi BKAN masing-masing, at least potong daging pun jadi la..huhu, gua cakap lu der, daging unta liat nak mampus...*hiperbola~ Waktu ni lah, ke'medik'kan keluar dari diri masing-masing, Khadijah pakai sarung tangan macam nak disect cadaver. 'potong 'transverse section'' 'buang la fascia tu'
*ingat nak pergi umrah dengan Bie tahun ni or tahun depan, tapi rasa dalam dilema plak nak pergi dengan Bie ke nak tunggu Ibu & Ayah
Pagi-pagi lagi Bie call aku dari Alexandria, yang mengidam ketupat. Aku suruh dia rebus je yang segera tu tapi dia kena pergi seminar hari tu. Whoa! Tabik spring. Sepanjang apa yang aku makan hari raya ni, Nasi Ayam, Cheese cake, Soto, Rendang Ayam, Nasi himpit dengan kuah kacang, Ayam masak merah, Sup Daging. Berapa kali aku tambah tu payah kira la, anggap je infinity. Siap Qayyah suruh aku habiskan makanan dia lagi.
Tapi yang naya nye, start dari pukul 2 pagi aku ulang-alik pergi tandas. SEKSA!!! That's why majlis jamuan hari ni gua tak pergi, dah perut asyik meragam. Tinggal aku dengan Timah je kat rumah. Bukak fly.fm dengar carta, study Biochem.....sumpah syahdu~
Dah la Timah masak sedap, tergoda iman. Esok ade house warming rumah Jie- RUMAH HYPOXIA, dan rumah Dayah..lusa, rumah Syidot dan Insyi. Maka organ yang paling kesian, perut. Oh ya, Timah suruh aku masak rendang daging esok. Masalahnya, takde perencah and aku baru Google tadi. Bile tengok resepi.......'TIMAH!!! KERISIK TU APE?!!!!!!!!' 20 min tadi baru aku tau kerisik tu apa, beli kelapa kering kat bawah. Pastu Timah pesan, 'kelapa tu kena goreng dengan api kecik, lepas tu lama' *jaw dropping* 'ok, Timah transfer citer City Hunter kat hard disk saya, nak bawak lappy ke dapur'
*Mak mertua aku akan datang mesti bangga biler tau pasal ni.
Comments