pointless..


Salam...

Post ni memang pointless, percayalah. Takde benda nak cakap pun sebenarnya.

Hari Raya Haji dah nak dekat. Mama Aisyah, jiran kteorang dulu ajak gi rumah dia. Of course, I miss her son, Ahmad. Ok tak, tu tipu. Seronok dapat makan makanan arab free! tapi tak semua yang best. Terasa cam nak buat cross culture. Cuba bagi diorang makan budu dengan belacan. muahaha!! ok, tak baik Ana men'dajal' jiran sendiri
--miss this moment--

My friend, Iqy tengah mengerjakan haji. Semoga ko dikurniakan haji mabrur dan fokus dalam beribadah kat sana. Erkk, aku kena panggil ko 'Haji Iqy' ke?
Plan aku untuk cuti seminggu ni, walaupun sekalian alam berpakat nak pergi Tanta, Mansurah, Alenxandria. Takpe, aku pilih untuk menternak lemak kat rumah and study untuk exam. Oh ya, musim sejuk, bermakna mulut tak boleh berhenti mengunyah. Aish, pernah la beberapa kali, tak sedar masukkan handphone dalam mulut. Bila terdengar bunyi ringtone dalam mulut baru tersedar. Memang masalah betul~

Kenapa tak nak gi holiday?, satu sebab nak revise, kedua sebab aku tengah SAVING!!! yes! me, and these 3 musketeers will be on vacation in IRELAND!!!
--nyah, memang tak boleh buat muka buruk lagi ke?--

tapi tu selepas mid-year exam la, waktu winter break.So, Nurfarhana bt Abu bakar!! strive for mid-year exam dulu ya supaya anda tak rasa bersalah shopping sakan kat Glasgow nanti. By the way, ramai betul kawan-kawan aku plan nak cuti sakan, Paris, UK, Turki, Spain. Lepas je vacation, poket kempis.
--salah satu sebab nape pilih Ireland, Landscape yang cantik!!--

Beberapa minggu yang lepas, huhu.. ade birthday party. bhahaha!! dan aku disuruh untuk buat game. Kerja-kerja mendajal orang ni bagi je kat aku. Jangan marah ye, muka semua birthday girls kena tepung. (Hehe..*smirking) tapi yang tak boleh bla. Lepas je game habis, aku tengah berborak dengan Timah.. "Timah, langit tak banyak bintang la" ..PAP!! muka aku kena tepek dengan tepung. So, akhirnya semua orang malam tu macam doh tepung yang baru ditiupkan roh. Pengajaran, 'kalau nak mendajal birthday girl, sampai bagi peluang diorang balas balik'

Tapi malam tu aku memang tabik la, kat budak-budak perempuan ni boleh buat bara api untuk BBQ walaupun tengah sejuk! *applause*. Teringat kata-kata semangat Yang, 'kipas-kipas!! kipas kuasa kuda!!!'

Hehe, rasa macam tulis post tanpa perasaan plak. LOL! sebab gua tengah lapar, and Syakiey baru lepas masak. Gua chow dulu! adios~~

Comments

... said…
ala adik.. kalau ckp pasal landscape cantik, kanada menang tempat paling cantik di dunia.. tp xpe.. akak tau kanada terlalu jauh dan mahal nak dtg sini.. akak inshaAllah dtg ke tempat hana satu hari nanti!

salam sayang fillah selalu..

jgn lupa emel akak bila hana free..tc..
Nurfarhana said…
hahaha~ kalau kanada tu dekat, dah lama dah hana pergi...tempat yang cantik sesuai untuk mentadabbur alam..kan..kan...

hehe..klau kak liana dtg sni mesti terkejut, hehe..btw, hana ade lagi 5 thun setengah..

uhibbuki fillah~~

Popular posts from this blog

taking over my mom..

what you will do when......

cara hilangkan stress masa hari exam~~