Because it's complicated.

Salam~

3 hari cuti termasuk Chandramana Ugadi, pergh! aku bangga betul boleh sebut word ni laju2.
3 hari yang macam zombie & heartless. aku memang dah sedia heartless tapi kali ni lagi prominent.

Bila heartless terlebey-lebey ni, laju je mulut aku lepas, straightforward terus cakap, tak payah simpan-simpan, senang. Tak ingin aku kumpul dosa cakap belakang, sebab aku pun tau dosa aku dah bergunung-gunung.

Bila aku fikir balik, interaksi dengan manusia ni susah. Tak kisah la laki ke perempuan, both sama je kalau orang tu sensitif, especially perempuan la. Haa~ kan dah berputar belit dah ayat aku. Tadi kata dua-dua sama.

Secara logik nya, orang akan senang terasa dengan apa yang kita cakap, walaupun benda tu betul ataupun benda tu memang kesalahan dia (denial? or selfish?)
Tak tegur kang, menyimpan,
bila menyimpan kita nak mengadu kat orang, bila mengadu, orang tu pun tau kesalahan dia. Dah nanti takut judgemental.
Kelemahan aku pulak, bila aku lepas, ayat aku memang 'sedap', untuk tak nak 'sedap' aku kena diam, nanti lukakan hati orang.

Dah hape ke complicated sangat hidup ni?! Kenapa tak boleh 'Give & Take'

Lagi satu,
Sesuka hati je dia letak kita kat tepi, untuk berfikir ape ke benda, tak bagi signal, tak bagi apa.
Pastu bila ok, buat macam takde benda berlaku.
Yang ni pun aku baran. Dahi aku memang tertulis kot 'Use only when in need'. #Aku-tengah-tahan-diri-dari-menaip-apa-jua-perkataan-adjective-yang-tidak-enak-untuk-didengar-seperti-'mangkuk!'.

Kadang-kadang, rasa malas dah nak jaga hati orang, sebab tak semestinya orang akan jaga hati kita.
Sebab tu la, ustaz ustazah kata 'Jangan bergantung kepada manusia, letak pada Allah~'
Sebab tu selalunya aku lagi suka sorang-sorang.

Tapi orang tua-tua cakap, 'Hidup ni tak boleh sorang2, nanti siapa nak tolong kita bila kita susah'

haaa~ kan dah complicated balik.

Maka aku pun membawa diri dengan DSLR aku, baru tadi aku nak try tangkap gambar Bokeh, tiba-tiba battery low. Hidup ni memang complicated.

Comments

Popular posts from this blog

Finally

nurul nabihah bt zakaria~~

jawap soalan, *PIANO*