We need to change!

Salam..

'We need to change!!!' bak kata Barack Obama.

Bila aku belek balik, dah lama rupanya aku tak post -sebab takde point- tapi kali ni aku rasa nak post. I had few discussions lately, lepastu aku tertanya-tanya, pastu tak terjawab, pastu assignment untuk hubungan etnik aku pun ke laut~ so aku nak muntahkan semuanya kat sini.

Ni semua atas observations aku je.

Aku pergi Goa, mindset aku nak serbu semua water sports. Pastu aku nampak mat salleh sebelah aku baca buku. Tengah-tengah terik matahari ko paham tak?! aku yang stress tengok.

Kalau ade sharing buku, akan ade sorang je yang lead, share 1 buku, bincang satu tajuk. yang lain akan MENDENGAR je. well, may be tak semua. Ada tak yang terfikir, kenapa kena rujuk 1 buku tu je? 1 buku means dari 1 author, paling maximum pun 2 orang kot. 1 author - 1 pemikiran, kenapa takde yang questioning melalui perspektif lain? Walaupun idea tu idea mentah dari diri sendiri.

Buku. Prejudis betul kau bila nampak sumber buku lain sikit dari typical. Memang perlu pada buku islamic, Syed Qutb and etc tapi kau akan nampak the whole picture kalau kau tengok dari satu sudut je?

Tajuk. Especially when it comes to topic related to people. It's about us! baca la dari banyak sumber. Kenapa nak kena prejudis?

'Sweet talks'. Aku suka sweet talks ni, rasa indah, rasa special sebagai -human as the highest creature of Allah- Tapi kalau dah selalu dalam comfort zone. Parah. Sebab tak nampak realiti yang dah macam progressive disease. Guillen-Barre syndrome la contohnya. Kalau tak buat physiotherapy, ade ko nak elok? Kenapa tak bagi talk initiate orang untuk berfikir?

Bergaduh benda yang sama, jemaah contoh yang paling simple. Sampai bila? Sampai kau boleh tunjuk 1 juta bukti kau lah yang paling betul?

You talk about Do's and Don't's, Halal and Haram, Heaven and Hell. Tapi siapa yang berusaha nak keluarkan senjata kimia dari Syria? Activists in Palestine?

Kau kata tak suka dengan hala Barat, betul la part sex, alcoholic semua tu, Kita bangga dengan ajaran Islam, cara hidup Islam, kau tolak idea diorang. Tapi tak pelik ke kenapa pemikiran kita tak setaraf diorang? Kita kan agama syumul.



Enough is enough.

Sampai bila pemikiran kita nak STAGNANT?

Sampai bila nak malas membaca? malas berfikir? menerima membuta-tuli. Sempit pemikiran! Macam mana nak think out of the box?!

Kadang-kadang aku nak salahkan education system kat Malaysia. Macam mesin fotostat! macam kilang! Tapi Mariam cakap.. 'It's not easy to change idealistic to realistic'

'Tengok je la negara kita, then kita nak buat ape? lari duduk kat negara lain? negara lain pun ade problem lain jugak. Run away doesn't solve the problem'. Terkedu jap, sebab aku plan nak besarkan anak aku kat overseas. HAHAHA!!

Aku ade discuss dengan orang, so ape mechanism nak ubah? Aku tak jumpa. HAHAHA!  Susah jugak nak sedarkan orang, melainkan datang dari orang tu sendiri. Pastu tetibe aku rasa kita perlukan Mahatma Gandhi yang baru. Nelson Mandela yang baru.

Dah! Banyak aku merepek. Esok aku nak gi church, ntah bila assignment hubungan etnik ni nak siap.

Comments

Professor Lisbon said…
Bravo! =D I just love this post Hana! Short but it is as sharp as the critical messages it wishes the readers to ponder upon.

Popular posts from this blog

Finally

jawap soalan, *PIANO*

nurul nabihah bt zakaria~~