Most recommended books

14th sept, hari written exam Microbiology, aku memang tak faham kenapa universiti kat malaysia luas ya rabbi, sampai pukul 9, sejam sesat cari kat mana Kompleks Akademik E, dalam UPM! ko paham tak? sesat dalam UPM. Siap berlari dengan Qayyah dengan baju kurung nye, macam Running man dah. Lambat dalam 2-3 min, boleh la. Masuk dewan macam dalam keadaan baru kena kejar anjing.

Berharap, dapat lepas naik tahun 4, ameen~

ok lari sikit dari tajuk, zati suruh aku suggest buku-buku best (hai zati, aku boleh sesat dalam uni ko, tau~) Yang ni cuma secara umum, kirenya buku-buku ni dalam kategori

sekali-baca-konpem-tak-nak-lepas-dari-tangan

Gittew~

Tapi ade sesetengah orang tak suka, ade yang suka, macam bese la. Aku bab mengutuk buku yang tak best pun no.1 jugak. Satu lagi perangai, kalau aku nak beli buku, aku akan research dulu, and tengok review dengan ranking bagai sebab....sebab aku faham, buku ni ade yang mahal. Dan aku memang jarang baca buku melayu...sebab...ok. stop ana. Stop.

1st) Reclaim Your Heart - Yasmin Mogahed

Yasmin Mogahed. Tabik. Words beliau memang wow! asal Egyptian kan, bahasa Arab kan cantik, aku rasa sebab tu la kot kenapa dia pandai guna bahasa, lagi satu banyak analogi, nak kasi orang paham bebenor mesej yang nak disampai. Ni, antara buku yang aku baca banyak kali. Thumbs up! Tapi. Tapi. Kalau nak beli kat M'sia memang mahal, MPH RM70++ sebab fly dari UK. Aku beli kat Egypt pun murah sikit kot.

2nd) Twenties girl - Sophie Kinsella


Aku baca Sophie Kinsella, satu je. sebab nak gelak. LOL! buku ni aku memang restrict diri sendiri, 'Jangan bawak gi kelas!!' sebab sekali baca, memang melekat. Cerita tak typical, harga pun ok la. Tapi siapa yang follow Sophie Kinsella, this is not her latest novel. The latest one is -Wedding Night.

3rd) The Last Lecture - Randy Pausch


A self-motivated book. Nipis & affordable.
Penulis ni dah meninggal, nampak gambar sebelah tu? Nampak macam sihat kan? tapi dia ade pancreatic cancer. Pernah keluar dalam rancangan Oprah. Kalau ade orang tanya kenapa aku tak minat Mitch Albom? mungkin sebab aku rasa Randy Pausch adalah orang paling optimis bagi aku. Buku ni isi kandungan the last lecture yang dia bagi kat students, dan dia cerita sejak dia kecil sampai besar, macam mana dia capai impian dan kekal optimis walaupun dia tahu dia akan mati. Nangis sekejap.

Oh, jangan lupa baca buku yang isteri dia tulis, Dream New Dreams - Jai Pausch

4th) Life Without Limits - Nick Vujicic

Siapa yang pernah tengok video dia kat Youtube, mesti tahu ni genre ape. Self-motivated. Buku ni memang best, inspiring giler. Ayat-ayat dia memang menunjukkan dia menulis berdasarkan pengalaman dia, kalau dia cerita macam mana dia lalui susah-payah tu, memang rasa terkilan (skema giler ayat).

Tapi satu je aku tak suka pasal buku ni, sebab dia ni berpegang kuat pada kristian, ada la ayat dari kitab Bible, sebab aku rasa tak kuat iman, so aku skip parts tu. Wahaha!! so, tak digalakkan beli buku Unstoppable - Nick Vujicic. Sebab buku tu memang menceritakan macam mana pegangan dia dengan agama kristian membantu dia.

5th) The Ideal Muslimah

sepatutnya aku letak ranking ke-2, aisehmen~ buku ni terperinci, dari aspek women dengan masyarakat, family, jiran, kawan........sampai la terhadap diri sendiri. Sesuai untuk diri sendiri, dan dijadikan hadiah. Ada hadis dan sumber hadis tu sendiri, so no doubt. Alaa..aku pernah cerita la pasal buku ni sebelum ni, malas nak ulang lagi. Aku kasi 5 bintang! The Ideal Muslim pun ade jugak~

6th The Kite Runner - Khaled Hosseini


Aku dah lama beli buku ni tapi baru beberapa bulan lepas baca, sebab.....tak berani nak try Khaled Hosseini. Baca ni dekat airport, sedih siot, sedih! Tapi aku tak nangis la. Jalan cerita dia, sampai aku cakap sorang-sorang 'kenapa?! apa dah jadi dengan hassan?!' Gittew~ sorang-sorang meroyan dalam airport. 

Setakat ni je la aku suggest apa yang best, kalau ade orang yang sama species ngan aku, - choosy, dan baca buku tengok siapa penulis- welcome to my club bebeh~ bukan apa, buku mahal, kalau aku dah start shopping, bukannya nak ingat dunia .Aku dah lalui dah rasa penyesalan beli buku Stephenie Meyer tapi entah hape-hape!. No offence. 

Semua ni cadangan secara umum, dan antara favourite kot antara semua orang, kalau beli. No regrets. Duit pun tak membazir, takde penyesalan. Malas nak tulis panjang-panjang lagi sebab aku nak gi tengok TV. hewhewhew~

p/s: Lagi satu perangai aku kan, aku sayang buku, terutama yang favourite. Yang tu aku baca, tak bukak lebih dari 90 darjah faham tak?! tak bukak luas-luas 180 darjah macam manusia biasa. Sebab tu la aku malas skit nak kasi pinjam orang, melainkan kalau orang tu pun bukak buku, tak lebih dari 90 darjah.  

Comments

Popular posts from this blog

makanan didahulukn, perut diutamakn~

taking over my mom..

my result~