Drama

Drama.

Tapi tak epic macam drama kat ONE HD

dah lama tak tulis kat sini. Bukan malas, tapi taknak orang baca. taknak orang tau, taknak orang stalk. eceh bajet ade orang baca.

Life has been hectic. kot

Bermula dengan kisah sabun pencuci Sunlight, yang confirm pasni aku balik masuk tong sampah macam aku rejam bola bowling. Kejadah kau sabun aku plak kulit sensitif. Aku tak sangka plak jari-jari aku akan berair, bernanah, berdarah, bengkak...sampai la aku tak boleh makan sendiri, tak boleh buat ni, tak boleh buat tu, paling legend, tak boleh menulis. Ibu yang suap makan tau, aish~ pathetic sangat rasa. Jari ni buat semua orang aku tak kenal, termasuk cashier kedai tegur aku 'kenapa ni? kenapa tu?'  Sampai aku fikir, Nick Vujicic yang takde limbs tu pun lagi heaven dari aku.

Gitteww~~

Boleh jadi perang dalaman, bayangkan aku ni dah la spesies yang kena menulis kalau study, tup tup jari pulak yang tak boleh menulis. Bayaaangkaaann seksa yang rasa macam nak baling buku 100 meter. Tapi kalau Allah nak tarik nikmat tu, redha~ Mungkin ade orang pain threshold rendah sikit dari aku. Boleh tahan la kot. Tapi aku tak, bila sampai badan sendiri yang menghalang. Macam ade obvious limit, ibarat macam aku sejak dulu nak kahwin dengan Brad Pitt, tapi memang confirm tak dapat, macam tu la. Nasib baik tarikh exam banyak kali tunda.

Sampai la jari aku dah ok. sikit. not 100% boleh la menulis.

tapi bila dah boleh menulis, aku plak yang overuse. Lantak ko la sakit, asalkan aku jawab exam.

May The Force Be With Me.


One thing, ade beberapa mesej yang masuk inbox facebook, masuk phone, yang aku tak reply. Bukan aku taknak reply, tapi aku memang jenis, kalau mesej tu takde 'tanda soal' / berbentuk pertanyaan, aku malaaass nak reply seriously. Sebab bagi aku, mesej tu sebenarnya just untuk inform orang. Kalau orang tu dah tau, fullstop. Sebab ke-2, kalau pasal sms, handphone memang selalu takde dekat dengan aku pun. Aku memang tak suka handphone! Christina dalam Grey's Anatomy pun macam tu, so takde la dasyat sangat kan. Fine. fine. aku akan ubah~~

Many things happened back then when I was in 3rd year (sekarang pun 3rd year lagiiii) melibatkan few persons, yang rapat atau tak rapat, problems. Sampai buat aku rasa, maaannn~ i don't fit in this community. Tak nak la tulis benda negatif, sesetengah orang tau kot, sebab aku pernah cakap. Tapi ni bukan sebab aku reseat paper, gagal lulus ke memang tanggungjawab aku sendiri. Tapi ni reason kenapa aku senyap. Kenapa aku respond pada beberapa orang je.

Kadang-kadang ada orang perlu bersendirian dalam bilik.
Fikir.
Terima.
Terima realiti, hidup memang macam ni.
Can't complain much though,
But i'm trying so hard to brave this storm.

Macam dalam cerita Brave,
There are those who say fate is something beyond our command. 
That destiny is not our own, but I know better. 
Our fate lies within us, you only have to be brave enough to see it. (scottish accent jangan lupa)

And because of that ONE reason. I'm still standing. and you know what it is.









Comments

Popular posts from this blog

Finally

jawap soalan, *PIANO*

nurul nabihah bt zakaria~~