I fell in love with Prince William.

Random. Random. Random. Pembuka cerita biar random.

Walaupun sebenarnya taknak kasi tido, dah terlajak bedtime, kalau tido sekarang subuh dinosour nanti. What i did just now~ drawing. drawing. drawing.

Taknak set up gambar entra-large, nanti nampak jelas sangat bahagian yang kasar. I don't have specific materials for drawing though, ok now you can judge me.

Biasanya aku akan melukis:

1) pada waktu malam
2) bila emosi terganggu. Terganggu disebabkan oleh drama Egypt-Malaysia. Topik yang sama kalau bukak Twitter & Facebook. Aku nak tengok berita-berita penting, dah terpaksa la scroll sekali topik ni, haih~

Kadang-kadang bila orang tanya 'malaysia ke mesir?', aku diam je, atau buat lawak bodoh 'aku pilih negara mula huruf M'. Keputusan ni lebih baik semat, diam dalam hati. Buat keputusan tu biarlah tak dipengaruhi siapa-siapa, atas rasional sendiri. Paling pendek akal pun fikir, 'yang jawab paper nanti aku, bukan orang lain'. Dah 21 tahun, dah boleh berfikir sendiri, setiap tindakan tu atas tanggungjawab sendiri. Haaa~ nanti sampai masa, kita buat pengumuman lagi gempak dari kita umum nak kahwin.

Gitteww~~ ok. tukar topik.

Harini topiknya 'berangan'. Tak salah berangan ni sebab Free! *optimis*

Baru-baru ni, kawan aku suruh aku tolong buatkan English essay. Hahaha! dia tak tau skill aku dah karat.
Dulu la, zaman sekolah...kalau disuruh karang essay tu rasa macam heaven~ sebab. sebab boleh berangan. Aku ingat lagi, dulu buat karangan nak over aje, macam nak tulis novel. Tak cukup homework teacher bagi, aku karang 'novel' sendiri setiap kali perhimpunan hari Isnin. Perhimpunan bosan siot, bohsan!

essay = berangan

Kirenya kali terakhir aku berangan 3 tahun lepas, SPM - English paper. Memang tak boleh bla. Sebab aku berangan jadi international model, kerlaassss~ Tyra Banks tu kira kawan baik aku. Apa yang aku pakai setiap hari semuanya barang berjenama, you name it Channel, Louis Vuitton, Prada and the list goes on. Siap perli PA dress up ntah ape-ape (model bajet bagus) merungut la kena diet, jadual ketat la, takde boyfriend la. aku describe ketinggian, saiz, semua ikut Heidi Klum.

Klimaks cerita bermula bila ada satu fashion show, atas runway, dah cantik semua, sampai ke penghujung pentas......bila nak pusing je, tiba-tiba.....

terjatuh atas Prince William. Blame on the stiletto!

HAHAHAHAHAHAHAHA!!!! Part ni memang legend, aku tergelak, tersengih-sengih waktu jawab SPM.


Kenapa aku gelak, sebab aku bayangkan aku jatuh atas Prince William, lepastu bertentang mata giteewww~
HAHAHAHAHAHA! aaahh~ bongeknya la apa yang aku karang waktu SPM.Nasib baik la, waktu tu dia bukan bapak budak lagi. Terbit la satu Love Story yang tak kesampaian. Ye lah, Prince William kot, ini kira cinta terhalang disebabkan status sosial. Ceh! padahal sekarang Prince William kahwin je dengan Kate Middleton.

 Apa yang best karang cerita macam ni, sebab boleh main dengan kata-kata adjectives, tu je.

Point kat sini sebenarnya (baru nak sampai point)
Berangan dalam konteks untuk ada gambaran apa yang nak kita capai. People who are foolish enough to dream are the ones who make it. Kecuali berangan nak bercinta dengan Prince William tu memang mintak simpang lah. Bila otak menggambarkan apa yang kita nak, automatik badan akan ter 'set up' untuk dapatkan apa yang kita nak.

Jadi, berangan lah! lagipun free!!

Comments

Popular posts from this blog

taking over my mom..

cara hilangkan stress masa hari exam~~

makanan didahulukn, perut diutamakn~