Family comes first

Salam~

almost 1 a.m , plan nak habiskan baca buku malam ni tapi takpe kot. Ade banyak benda nak buat esok!

Waktu bermusafir sebelum sampai malaysia, berdoa banyak-banyak. Harapkan 2 minggu yang betul-betul berkualiti. and......JJANG! Alhamdulillah~ that's why balik lusa pun tak rasa sangat, sebab Allah dah makbulkan doa.

Family comes first! that's my principle and of course family guy is my type! ops!

Aiman lukiskan gambar potret untuk aku..8th wonder of the world! Adik lelaki yang sebelum ni bukan main liat lagi nak tolong lukiskan, bukan setakat tu, siap mintak lagi kasut, baju, blablabla..(atas alasan gambar Picasso berjuta-juta, bagi butt hurt kang)

1st week ayah cuti. Macam magik je bila ayah bercuti dan mesti lah suka! =D Sebab ayah jarang berehat, dan selalunya ayah pakai pain relieving plaster, lepastu sambil urut ayah sambil membebel. Bila dah belajar Anatomy, you know what will happen if certain part is affected. and just now, Ibu mengadu batuk kering, aku selongkar peti tengok ubat ape yang ade, and try to prescribe based on my knowledge, tengok-tengok dah tertidur TANPA makan ubat?!!

Me? yup! I forgot to bring my anti-histaminic along, tapi pedajal diri sendiri so tak kisah sangat la..pergi farmasi prescribe sendiri nak ubat apa. anti-histaminic--cetirizine, then corticosteroid. Pharmacists tu tanya soalan demi soalan sebelum bagi ubat tu, entah memandai je aku prescribe nak ubat ape, last question, 'awak budak medic eh?. But it feels so cool meyh~ '

Digital piano - can't believe I got it within my budget! Alhamdulillah~

Biggest event! Lis Na Ree Cherating Resort! Semua sepupu, pakcik, makcik, Wan and even my mom's best friend pun ade!

kteorang lawan main bola, -when I mention 'kteorang', maksudnya memang KTEORANG~
buat istana pasir, swimming (not literally swimming, sebab kena jaga si kecik Azfar sebenarnya.......sampai la........ aiman tarik kaki aku masuk kolam -drama yang hectic, serious-)
BBQ!
tengok sunrise sama-sama!
tangkap ketam! -those kids je la, ulang suara KIDS ya, I'm not included-
celebrate our birthday! -4 orang dalam bulan Januari!-

PERFECT HOLIDAY!

Tak termasuk lagi Colmar Tropicale~ Ade satu air pancut yang memang diwujudkan untuk hiasan la kan, tapi................ tak tau la macam mana baju boleh basah. Ayah yang start! Waktu makan, kteorang main teka-teki. Oh my, ayah boleh bagi teka-teki yang tak masuk akal.

Rabbit Park!

Pergi rumah makcik kat KL, I called her 'Acu'

jealous kulit acu lawa~

Sepatutnya pada 30th January, Acu ada hal -sambutan maulidur rasul-, tapi hari sebelum tu Acu kata hal tu tiba-tiba ditangguhkan. So, aku dapat habiskan seharian dengan acu! Sambut birthday dengan family member, DAEBAK! sebab selalunya kita sambut dengan kawan-kawan kan. We spent the whole day kat Midvalley, I'm smiling in MPH like a retard. jalan-jalan sampai kaki acu lenguh. Acu kata dah lama tak rasa macam orang bujang. =)

Baru je tolong ayah cat bilik stor, pastu aku sabotaj... hehehe...tinggalkan masterpiece...


Dan.......aku jumpa kawan-kawan lama sekolah rendah, waaahhh!! waktu cuti 2 bulan tahun lepas punye susahnya nak jumpa, cuti 2 minggu ni jugak la dapat jumpa. =)

Dan.......kawan yang dah 2 tahun tak jumpa, akhirnya terserempak kat stesen bas?! Oh my! selama ni penat plan tak jadi, sekali Allah bagi terserempak kat stesen bas, naik bas yang sama! duduk sebelah! =D

Balik 2 minggu je, tapi dapat semua ni. No regret! =D



Comments

Popular posts from this blog

makanan didahulukn, perut diutamakn~

taking over my mom..

my result~