exam drama

Salam~
reminder: this is an exaggeration post, so you can choose to leave *ayat atul

what final exam did to you?

Taknak berada jauh dari buku Physiology
Tension nak cram 6 buku Anatomy dalam masa 2 minggu
You slept with Atlas instead of teddy bear
Most of the time, kita tak tau pun biler kita tidur malam, sebab tidur adalah tertidur. Mata semua orang dah jadi macam beruang panda and caffeine becomes your 'drug'

medical terms dah jadi bahasa ibunda
         : nak duodenum
         : duodenum ke deodorant? LOL!

dan menggunakan symptoms and diseases dalam buku-buku tu untuk diagnose orang lain dengan selamba je tanpa rasa risau kena naik court. This is the best part of becoming a medical student.

         : aku kena muscle cramp la
         : aku rase ko kena pitting edema kot. *what the?!

         : ko dah la acromegaly! ade prognathism,
         : eleh, ko tu Cretinism! lol! =D (tak lain tak bukan Cretinism tu memang merujuk pada aku la kan)

Kadang-kadang rasa macam nak hentuk je kepala 'brain why you no remember facts?!' though you studied hard. It makes you feel paranoid. It makes you wanna scream out loud answering those questions in the books. Lepas tu pujuk diri,'this is not enough, ulang lagi banyak-banyak. remember, medic is about repetition'. Cycle ni berulang-ulang kali. Fakta diri, untuk menghafal adalah menulis dan menyebut buat diri rasa letih dan mengeluh sebab cara tersebut mengambil masa dan you need to speed. Mulut rasa letih menyebut, tangan rasa sakit menulis. You know you need to work harder than other people do dan rasa jealous dengan orang yang hanya membaca tapi semua masuk kepala. Kadang-kadang rasa macam nak menangis, feel like a loser and you can't agree more with the fact 'med school has the ability to make us our own enemies', but you know if Allah brings you to it, He will bring you through it.

It makes you lose your appetite, sympathetic, it makes you vomit. Seriously. and the good thing is you know you're not pregnant.

dan selalunya, tension boleh membuatkan kita buat benda pelik-pelik seperti di bawah..



imagine kita nyanyi awal-awal je, lepas tu tiba-tiba satu rumah sambung, macam satu kumpulan koir 3 suku. Tapi tau je ubat tension adalah ambik wudhu', istighfar banyak-banyak and think positive.

Dan kadang-kadang kita tak jangka rintangan apa yang Allah akan letak di hadapan. Tabik spring untuk Kayla, tak sangka Allah akan tarik nyawa ayahnya 4 hari sebelum exam Anatomy. Dia memang tough, orang pertama yang aku tengok boleh tersenyum and gelak ketawa tapi dalam hatinya, takde siapa tau sebab dia takkan tunjuk.

Kenapa lah, tangan mesti sakit waktu exam written Physiology, dan tak boleh nak menulis dengan baik, tak boleh pegang pen dengan baik but you know Allah is always with you. Walaupun menstrual pain menyerang 2 hari berturut-turut dan hari tersebut jatuh pada hari oral exam, sakit macam mana pun, ntah brape kali letak Losyen Mustajab Pati Halia pun, mengguling mengalahkan tenggiling pun tetap kena bukak buku study! Menstrual pain boleh jadi alasan ke? Ughh! I don't think so. Dan kena terima kenyataan la, oral exam tu takkan berlalu dengan smooth.

That is the other part, satu part yang lagi satu biler orang letak burden atas bahu. Those words 'takkan nak jadi macam tahun lepas', 'jangan buat dia sedih lagi' rasa macam..............can't describe the feeling. Certain people yang jadi tempat tadah telinga untuk luahan aku faham kot. *tarik nafas panjang....* look, I'm not perfect, aku boleh terima kenyataan orang akan membanding-bandingkan and of course people would look up to the winner but I'm doing my best..... cuma, tolong jangan tambahkan beban. Apa je yang aku boleh bagi respon? diam dan telan.

Satu-satunya sebab yang buatkan aku masih survive 'jawapan solat istikharah adalah medic', so ALLAH BRINGS YOU TO IT, HE WILL BRING YOU THROUGH IT. Aku tak nafikan keputusan amik medic 50% dari keluarga 50% dari solat istikharah. takde percent untuk 'saya amik medic sebab saya minat! (dengan muka teletubbies)' so don't make me lose the grip. Benda ni menghantui aku sepanjang tahun, simpan dan telan. Thanks to syidot and tasneem yang tiba-tiba ajak aku keluar, topik perbualan dimulai dengan soalan, 'apa masalah ko sebenarnya?'. Terluah segala beban. Apa yang berada dalam kuasa aku, adalah berusaha selagi boleh, selagi ada tenaga tapi kuasa 'Pemberi Markah' tu bukan kat tangan aku.






Comments

Popular posts from this blog

Finally

nurul nabihah bt zakaria~~

jawap soalan, *PIANO*