Siwa & Alexandria
Salam~~
Siwa is actually dekat dengan sempadan Libya, so bahasa yang digunakan pun lain skit. Tapi
kalau cakap Arab Fushah diorang faham je. Kalau pergi kat pekan Siwa, memang susah gler nak
nampak perempuan sebab perempuan kat sana sangat dijaga. Kalau ada yang keluar pun, nak usha mata pun tak boleh...
Aku arahkan korang terliur sekarang!!
bler budak kebulur jumpa makanan free. Tuan tanah kata FREE!! gua bedal je la buat lunch..kolam Cleopatra. QUESTION!!! kirenye segala daki-daki cleopatra terlekat kat dinding kolam ni la ye? selama bertahun-tahun, sebab tu la warna dia hijau? Ngeh~
Jabal Mauta or Mountain of Dead. ok, aku memang tak faham kenapa kena pergi kawasan perkuburan segala mumia ni..padahal mumia semua kat muzium. Kalau ada mumia pun, aku rasa cadaver dalam bilik practical anatomy lagi cun. So, aku mendaki sampai kat atas sebagai aktiviti sampingan, berlaku pembaziran mitochondria.
Tasik Garam!! beli tanah se ekar, buat business garam..boleh kayo den~
syakiey, kayla, timoh, syida...bekalan garam sebulan, cukup?? Now, kat ALEXANDRIA!!! aku dah jumpa alasan paling kukuh untuk pergi sana lepas ni..library dy best gler whoa!! Library tu asalnya nak buat kat atas laut tapi tak dapat. so, kat sekeliling library tu ada elemen air.
aku try cari satu buku guna sistem ape ntah. tapi....ntah berapa tingkat aku tawaf sampai lenguh kaki kot lastly give up! oh, gambar ni kat bahagian khas untuk student uni and researchers sahaja, belum lagi kat bahagian lain. ape yang korang nak? private room skali dengan komputer, meja study lengkap dengan lampu meja, free wi-fi, nak guna komputer. lengkap! cuma....lenguh kaki nak berjalan~~perempuan kat mesir kalau naik basikal dianggap aib. So, kalau nak lepas gian naik basikal pun pergi kat Alexandria. hehe..sebab kat sana ramai foreigner, so dyorang tak kisah la. by the way, berbasikal kat tepi pantai...BEST GILER!!! dapat lepaskan tension untuk 9 bulan akan datang.
kat Cairo..nak cari tempat sedamai ni..memang takde..oh ya, tak cukup dengan pantai Matruh, bler sampai Alexandria kteorang mandi pantai sana plak..pastu berjemur macam kulit dah tak cukup hitam je.
by the way, thanks to Bie and ziani yang telah bersusah payah jadi tour guide kteorang and of course buatkan breakfast! hehe.. kalau nak tunggu Bie turun Cairo memang susah la, nanti aku datang melawat ko la eh...
Comments