jawap soalan, *PIANO*
Biar aku teka ni...syuhada_Ada ke? yang pernah komen tu ke?
Ade 3 tanda soal kat situ, jawapan macam nak kena terang panjang-panjang.
1st, aku ambik kelas piano sejak tahun lepas (I'm still a beginner). Waktu tu memang totally zero tak tau pun Middle C tu kat mana. LOL! Aku belajar basic kat Associated Board of Royal School Music (ABRSM), branch Royal School of Music, London. Ini kat mana-mana negara pun ada, termasuklah Malaysia. Lagi satu yang popular under Trinity College of Music. Tapi dah nama pun 'school', memang tak boleh lari la daripada silibus & exam. Tak sesuai untuk orang yang tak suka dikongkong macam aku..pendek kata 'B.O.S.A.N'. Ini adalah salah satu sebab aku keluar dan bertukar arah ke tempat lain, cikgu piano aku yang lagi cool, lagi hebat dan inspiring. Pernah menuntut di Trinity College of Music in London dan yang paling COOL ade ijazah dalam Pharmacy. *Salute!
2nd, berapa lama masa yang di ambil untuk adapt dengan semua chords? Ok, kat sini musykil sikit soalan ni bertanya pasal CHORDS ataupun MUSIC NOTES.
This is chord
This is music note.
Kalau anda tanya berapa lama untuk belajar chord, jawapannya less than 1 hour, then boleh main semua lagu. Kalau music note, I took less than 1 year. Haha! Aku belajar music note secara formal dengan cikgu piano tapi chord secara tak formal dengan seorang kawan ni. Kenapa chord ambil masa less than 1 hour? sebab hanya ada 3 inversions je yang kena belajar. ya, TIGA je lepastu nak main apa-apa lagu pun boleh. Music note? ya..kena belajar banyak benda, ABRSM sediakan 2 buku (nipis je) untuk habiskan basic, ya basic sahaja hanya belajar keys tak termasuk technique.
Apa yang membezakan chord dengan music note adalah, CHORD digunakan untuk ACCOMPANIMENT..pernah tengok tak orang main piano sambil ada orang nyanyi? yang dimainkan tu adalah accompaniment, kalau nak buat cover lagu boleh la. But it sounds ok je kalau takde orang nyanyi cuma terasa kosong sikit la, kalau nak syok sendiri nyanyi sambil main piano pun boleh. Trust me, kalau dah familiar dengan keys kat piano tu, 1 hour je dah boleh main chords.
Music notes? kalau chords = accompaniment, music notes = melody. What is melody, hmm..it's like anda menyanyi melalui piano. Cuba click video kat bawah ni..
*my favourite!*
This is melody, kalau perasan..awal lagu dan akhir lagu tu ada bunyi nyaring dan bunyi kasar which refers to suara Rapunzel dan hero yang hensem dalam cerita Tangled tu. Dengar macam nyanyian kan? Kalau music notes, kena belajar BANYAAAAAAKKK benda. Daripada notes, macam mana nak synchronize dengan metronome, drill, major scales, techniques, tempo and blablabla. Kalau nak main pun kena guna music sheet yang sesuai dengan ability kita (termasuk aku la kan..LOL!) ambil masa yang lama but it's fun because you'll keep improving yourself dan ada banyak benda yang boleh belajar. Akhirnya boleh belajar daripada genre classical ke genre yang lain.
Ke anda maksudkan 'piano keys'.. yang hitam putih kat atas piano tu?, macam mana nak tau yang mana A, B, C, D. Kalau yang ni..no worries, berapa lama masa yang diambil bergantung pada berapa kerap anda practise. Kunci kejayaan adalah LATIHAN. *eceh!* Bukan bermaksud dalam seminggu tu, berlatih sejam tapi sehari je. Kalau dalam seminggu, berlatih setiap hari selama 10min pun dah kira bagus. Semakin kerap berlatih, semakin cepat familiar dengan setiap keys tu. Bila dah belajar 1 key, berlatih sampai familiar lepas tu belajar keys yang lain. Berapa lama nak adapt, jangan tanya orang lain, sebab tu semua bergantung pada anda. Kalau belajar dengan mana-mana cikgu piano pun, cikgu takkan ajar keys yang baru selagi student tak familiar dengan keys yang lama.
Ok, now anda nak cuba belajar. If it is your passion then I'll support. Tapi kalau nak main-main, nope! Because it is a commitment. Walaupun hanya muzik, tak kisah la belajar apa-apa pun tapi kalau dah nama belajar..tetap satu komitmen. Ada orang pernah tanya 'Ana, kenapa ko tak belajar guna youtube je?' aku jawap 'Aku nak belajar muzik bukan instrument'. Kalau hanya nak belajar lagu favourite and just for fun je main piano, guna Youtube pun boleh. Kalau nak serious, you need a teacher. Lagipun kalau nak belajar sesuatu memang kena berguru. Cikgu ni penting untuk guide kita, kalau peringkat basic dia la yang akan jaga metronome kita betul ke tak, drill kita dah ok ke, bila masuk peringkat seterusnya technique and blabla. Kalau nak ambil kelas muzik, it won't take too long sebab dari segi kajian pun kita hanya boleh belajar muzik selama 45 min. Sebab manusia hanya boleh concentrate selama 45 min je and I tell you..whoa! kalau dua-dua tangan dan kaki bergerak, membaca lepastu kena translate, dan mendengar, semua ni berlaku serentak memang takde masa otak nak melayang ke tempat lain. Memang kena fokus. Ask yourself, nak belajar muzik ataupun instrument sahaja?
Harap membantu...
p/s: Music is my passion but it is not my priority.. *pergi study la farhana!* ok, bye! =D
Comments
tapi syuhada_Ada tu refer to me ke?
*kalo tak, gi terjun laut la pasni*
kalo betul lah refer to me.
soklan formspring tu, bukan sy yg tanya eh.
eheh. but thanks for sharing. :)
ni terasa nak gi amek kelas piano.