selamat hari ayah!!



Kenapa most ladies akan cari calon hubby yang ade sifat sama dengan ayahnya? sebab ayah adalah lelaki pertama dalam hidupnya..dan ayah lah yang buat kita rasa protected, dan bentuk kita jadi someone, orang yang banyak ajar kita tentang life..and i want my kids to get the best as what i got.

here, in this post, sempena Father’s Day..let me introduce you to my beloved ayah, Abu Bakar b. Slamat..he is super duper damn very much garang! Dan tegas ..but yet sangat penyayang..yeah! seorang polis berketurunan jawa, dia reti cakap semua slanga Jawa, tapi disebabkan ayah tak praktikkan kat umah, aku membesar sebagai ‘Jawa murtad


When I was a little girl, aku jadi budak yang paling tak reti duduk diam. so ayah je la yang layan kerenah aku..

‘ayah!! Tolong ayong pasang khemah!’

‘ayah!! Nak buat pondok atas pokok!’

‘ayah!! Jom main sahiba!!’

Yup! So, yang jadi ‘mangsa’ teman aku main adalah ayah aku..bukan mangsa la, tapi ‘peneman’ main laa..i solved my first puzzle with him,kiteorg selalu buat perkara bersama-sama, apa yang ayah buat, tu la aku buat..kiteorang slalu tengok citer kungfu sama-sama, basuh kete sama-sama walaupun matlamat asal just nak main air je..

daripada naik basikal sampai lah drive kete, ayah yang ajar walaupun ayah asyik complain..’kamu ni tak reti guna brek ke~’ fine, im ‘pelesit-to-be’.

sape lagi yang akan kejar aku, bile aku tawaf satu umah sebab tak nak makan ubat.

Ayah sangat pentingkan education..ayat bese dia, ‘kamu nak jadi apa kalau malas belajar?!!’, ‘bukan senang untuk senang’, aku dah banyak kali plan nak ponteng ngaji sebab malas nak bangun pagi, tapi ‘plan’ tu berakhir dengan ‘roti panjang’,

sape lagi yang akan ketuk pintu macam nak roboh, bila tau aku sambung tido dalam bilik air.pernah la satu peristiwa, aku tertinggal buku bawah meja kat sekolah, dan malam tu tak dapat nak siapkan homework, dan malam tu jugak ayah bawak aku balik semula ke sekolah untuk amik buku tu. Pak guard pun tercengang tengok kiteorang. Dan kalau aku malas study, ayah akan amik ‘nyawa’ aku (remort tv)

Ayah orang pertama yang ajar aku, basic menembak..yang akhirnya aku dapat wakil daerah ke peringkat negeri. dan masa aku pegang jawatan Koperal dan lupa semua basic command, ayah tolong aku revise semula, siap tunjuk camne kawad lagi walaupun mase tu tengah pakai kain pelekat

Ayah memang versatile, yeah!! Dia memang bagus kreatif bab memasak, nasib baik sedap. Kalau masak dengan ayah seronok, sebab kami geng ‘sekecah’ .ayah suka buat ‘eksperimen’ dengan jus, dan aku jadi mangsa untuk rasa. Yang paling best, jus epal campur dengan limau kasturi with vanilla ice-cream!! Yummy!!Kalau nak shopping, bawak ibu adalah pening, tapi bawak ayah 2 kali lagi penting. Sebab pilihan ayah thumbs up! Ayah pandai pilih baju ikut warna kulit, style and blablabla.

Semakin besar, semakin banyak dugaan yang kita rasa kan..the best thing is, biler ade orang masih percaya yang kita boleh buat and the person is, ayah! Yup~ a few months before SPM, i lost confidence, once he touched my head softly and said, 'kakak boleh buat~', it's like a magic, i regain the confidence back

Ayah tak guna internet and lappy sangat, so..the only way is ayah call aku direct dari Malaysia..and sekali aku berborak tu, faham2 je la kan.. boleh bayang la camne bill hp..and waktu aku kat INTEC, ayah pasang GPS semata-mata supaya dia boleh melawat kat situ.

Mungkin peranan seorang ayah tak sebesar seorang ibu. Tapi waktu akad nikah, sape tau ayah yang akan rasa paling sedih, bile tiba saat yang dia tau anak yang dia jaga dan lindungi semenjak kecik tak lagi di bawah jagaannya ..ok, *korang jangan pikir aku menggatal eh, this is what I observe la masa majlis akad nikah orang lain..

Kalau takde ayah, mungkin aku akan jadi orang yang suka 'menjawab', yang derhaka pada ibu bapa, yang selalu careless dan lalai, yang selalu berlengah-lengah, yang takde matlamat hidup, yang tak serius dalam pelajaran.

To Ayah; confirm la ayah tak baca blog ayong ni, facebook ayong entah ayah tau ke tak. Ayong tak tau macam mana nak describe betapa ayong sayangkan ayah. ayong tau penat lelah ayah bekerja sebagai polis walaupun ayah tak cakap sebab priority ayah adalah kebajikan kami.No word can describe it macam mana pengorbanan ayah..

walaupun ayah tak tunjuk tapi ayong tau kasih sayang ayahà infinity, uncountable..selamat hari bapa! ayong travel sampai ke umah Jie, yang tingkat 8 tanpa lif ni, so that i can call you, ni semua sebab internet umah buat hal, that's the least thing i could do for you untuk father's day ni....=D

Comments

Popular posts from this blog

makanan didahulukn, perut diutamakn~

taking over my mom..

my result~