Sebab untuk tidak mengalah



When things go wrong,
    as they sometimes will,
when the roads you're trudging
   seems all uphill
when the funds are low
   and the debts are high..
and you want to smile,
   but you have to sigh
when care is pressing you down a bit,
   rest if you must but DON'T YOU QUIT!

Success is failure turned inside out
  that silver tint is the clouds of doubts
and you can never tell how close you are
  it might be near when it seems afar
so STICK TO THE FIGHT...

    when you're hardest hit
it's when things seems worst

THAT YOU MUST NOT QUIT!!!

Often the strugglers has given up when he might have captured the victors cup! so DON'T GIVE UP!

Bila ada masalah berat, dasyat, rumit, annoying, kita pilih untuk berkabung duduk dalam bilik memandang luar tingkap sambil ade lagu latar belakang macam dalam movie. Kita ingatkan kita akan ok lepastu, ye la dalam movie Tangled ade laki hensem pecah masuk bilik, rupa-rupanya kita Princess. Tapi tak. Mangkuk punyer movie bagi harapan palsu.

Jadi kita lawan je perasaan tu. 

Aku pilih untuk teruskan plan nak keluar dengan kanak-kanak ribena (ke retarded. eh) ke Fayoum.  

'Ya Allah, ikutkan hati nak berkabung je dalam bilik. Aku keluar dengan harapan ko tunjukkan aku sesuatu.Please! Please! Aku janji tak order KFC guna nama Paris Hilton dah.'

Fayoum - terkenal dengan tasik Qarun, yang pada aku ni bukan tasik, ni laut! Di bawah tu Allah tenggelamkan keseluruhan harta Qarun.


Istana Qarun yang pada asalnya ade 300++ bilik, 3 tingkat dah benamkan. Tinggal beberapa je la.


Boleh tengok balik kisah Qarun dalam Al-Quran. Ade 4 kali nama Qarun disebut.

'Apesal aku tak kahwin je eh dengan Qarun, tinggal dalam istana goyang kaki. Sambil nasihat Qarun, 'bang jangan bongkak nanti Alah tarik balik istana ni I nak tinggal kat mana. You tak sayang I ke?''

Bongek.

'Ya Allah, aku tak story-telling pada siapa-siapa lagi, Kau la yang pertama tempat aku mengadu. Tunjukkan aku sesuatu. Please. Please. Please. Ni last, janji.'

Dengan magik tanah Mesir sebagai Ardul Kinanah. Tup! On the way balik dari Fayoum terserempak dengan kanak-kanak comel ni.


Mereka tergolong dalam golongan fakir miskin, nampak buku yang dipegang?
Takde alat tulis jenama Faber Castle, Luna. Whiteboard pun takde.
Cikgu yang mengajar tak ambil upahan, atas sebab mereka golongan fakir
Tak pelik sebab atas dasarnya ILMU = PRICELESS
Tapi untuk zaman sekarang boleh bagi Nobel Prize.
Aku ni yang ambik kelas tambahan Pathology pun kena bayar 1000++ L.E

Fakir tak halang mereka untuk menuntut ilmu
Ilmu akan hadir kepada sesiapa yang bersungguh-sungguh dan ikhlas
Buktinya.....

Baru 9 tahun dah hafal 3 juzuk.

Sentap kau jah!

Kita bangun. Kita jatuh. Cycle yang takkan berhenti.

Bila aku hilang semangat lagi. Aku terjumpa budak ni.


Aku lalu jalan ni, dia tengah siapkan kerja sekolah mungkin. Tekun.
Ade orang arab bising kat sebelah dia, dia buat tak endah je.
Yup, this world is a nasty place. At the end kita cuma perlu buat apa yang kita PERLU buat.
Sofa buruk yang dia duduk, mungkin asalnya adalah sofa yang orang memang nak buang, letak kat tepi jalan.
Dalam sejam lebih kemudian, aku lalu lagi. Dia masih kedudukan yang sama.

Sempat aku snap gambar ni because you made my day =)

Tersenyum bila fikir macam mana budak-budak comel ni boleh buat segala benda kusut dalam kepala otak boleh hilang sekejap.

Kalau budak-budak ni boleh survive, kenapa aku tak boleh survive. =)

Kita terlalu fikirkan masalah diri sendiri sampaikan kita tak nampak nikmat yang Allah bagi. Kita ada masalah. dan orang lain pun ada masalah. Berat ringan, itu tak penting kalau kita sentiasa ingat Allah takkan uji hambaNya lebih dari dia mampu. Allah dah bagi resepi untuk hadapi ujian. 1) Sabar 2) Taqwa.

Bila kita jatuh, terhempap berdebuk. Rasa macam taknak bangun dah. Nak duduk diam-diam supaya tak jatuh lagi. Mesti ada hikmah kenapa Allah letak kita kat tempat tu. Apa matlamat hidup? Jangan hidup selain bukan untukNya. Allah is watching you. Tunjukkan usaha yang syurga adalah matlamat kita.


Do not give up easily. It so often happens that the last key opens the door. Keep on trying, til the end. We don't know what tomorrow offers us.


The contest is a lion fight, so chin up! Put your shoulders back, strut a little, walk proud.....Don't lick your wounds, celebrate them! The scars you bear are the signs of  COMPETITOR! You were in a lion fight anyway..... Just because you didn't win, doesn't mean you don't know how to ROAR!











Comments

Popular posts from this blog

Finally

nurul nabihah bt zakaria~~

jawap soalan, *PIANO*