Nenek

*air mata ni, dah tahan-tahan pun keluar lagi* Stop grieving, rasulullah s.a.w tak suka.

Mon, 21 April 2014. 21:57 pm

Too many bad news in one day, salah satunya
Dapat tahu, nenek dah kembali ke rahmatullah.

Sebelum nenek meninggal. Dah lama dah simpan, dah lama dah rasa tak sedap hati, dah lama dah rasa kacau bilau. Kalau ikutkan dah tempah tiket balik.

All I could do, was asking my cousin and my mom,

'Nenek makan tak?'

'Nenek bercakap tak?'

'Nenek macam mana?'

and it goes on.

Tak boleh concentrate study, tu pasal la jawab end-block tunggang-langgang. kalau terfikir je terus tido. Takpun terjun je swimming pool. No, I dont want anyone to see my tears, the pillow was wet though. Up until now, even my roommate doesn't know. Tasneem pernah pesan, 'Don't bite more than you can chew', tapi kalau dah tak boleh kunyah, telan je la kan. Monologue je la dalam hati, Allah Maha Mendengar. Kalau Allah nak tarik nyawa nenek dalam masa terdekat, biarlah dalam keadaan tenang, dan tempatkan nenek dalam golongan orang-orang yang beriman. Waktu swimming pun aku siap bermonolog lagi, 'ya Allah kalau aku dapat buat backstroke sampai habis, kabulkan doa aku.. please..please..' -part vongox dengan diri sendiri-

Nenek,

Allah panggil atuk, sebelum ayong lahir lagi. Tapi Allah kasi nenek anak 12 org, cucu 70++, cicit 30++ .Sampai sekarang ayong tak tau jumlah sebenar sebab nombor asyik bertambah....dan berkurang. Acik Mael banyak kali dah suggest buat carta family tree, tapi tak terbuat, sebab banyak sangat kot. haha!


Nenek,

Dulu waktu ayong kecik, bila orang tanya ayong siapa kawan baik ayong, ayong jawab 'nenek'. =)

Acik mael bagitau, 'nenek dah macam ni....nenek dah tak boleh.....', kadang-kadang ayong benci ayong belajar medicine, sebab ayong tau semua yang Acik Mael bagitau tu simptom yang tak baik. Ayong selalu distract diri nek, tapi those memories keep flashing back again.

- Dulu Nenek tunjukkan balik gambar2 arwah atuk bagi ayong kenal sebab ayong tak sempat jumpa, bangga kejap, sebab arwah atuk tough!

- Teman nenek siram pokok sekeliling rumah yang banyak giler, nenek kena dengar ayong merungut berat nak angkat baldi penuh dengan air, nenek mesti jawab, 'Alorh, nenek buat sorang tiap-tiap hari'

- Nenek yang selalu bercerita pasal ayah waktu kecik-kecik.

- Kalau ayong buat nakal, nenek back up. 'Jangan bising-bising, acik mael dengar nanti' hehe.

- Dulu waktu raya, ayong duduk atas riba, demand nak nenek ajar anyam ketupat, but i was so impatient, and you hold my hands so that my fingers moving along with your fingers. Haha! tapi ayong end up tertido kat dapur.

- Nenek punya bahulu paling best! It is so fluffy inside. Mengendel-ngendel tepi nenek, asal dah siap bakar je, ayong masuk mulut. 'Dah siap aje, kau masuk mulut, kok dah macam mana nak banyak'

- Ayong ingat lagi nek, ayong bangun pagi tengah mamai, nampak nenek kat sebelah, 'Tahun ni aje, kau dah balik 3 kali' Pastu nenek senyum. Kalau kampung tak jauh, ayong nak balik setiap kali cuti nek.

- Ayong dulu hyperactive sangat, sangat. Biasanya ayong tertidur kat mana-mana je. Ayong tau bila ayong bangun tido je, dah ade orang letakkan bantal, selimutkan ayong. Sebab ayong selalu terjaga tengah malam, nampak nenek round satu rumah, selimutkan setiap orang. =)

- Dulu kat tepi rumah kampung, ade 'mini zoo', I called it mini zoo sebab belakang jaring tu penuh dengan lembu, itik, ayam, kambing. Setiap kali ayong nak teman nenek pergi bagi makan, mesti ayong berhenti separuh jalan, menyorok belakang nenek, sebab ayong benci angsa! 

Syukur alhamdulillah, umur nenek panjang, nenek takde penyakit. Nenek pergi pun sebab sakit tua.

But I'm growing up, and you're getting older. We cannot stop the aging process.

Ayong ingat lagi first time nenek dah tak ingat ayong,

I was talking to you, and you were looking at me blankly, 'Kau siapa?'

I stood there, freeze.

Ayong tak boleh nak salahkan siapa-siapa, apatah lagi Allah. 'Ni ayong la nek, anak acik Tip', and I had to remind you over and over again. Tapi yang kelakarnya, ade satu benda nenek tak lupa, nenek akan selalu tanya, 'Kau dah makan?'

- Raya haji tahun lepas, ibu pass kan handphone bagi ayong cakap dengan nenek. Ayong tanya,

 'Nenek dah makan?'
 'Nenek makan ape?'
 'Nenek sihat?'
 'Orang lain tengah buat ape?'

Nenek jawab je, tapi last skali ayat nenek, 'Engkau kat mana? kenapa tak balik, jumpa nenek~'
Ayong nangis tapi terketawa jugak. Hahaha! Ayong tau je, nenek dah tak kenal ayong pun, tapi nenek tetap nenek. Pastu ayong dengar sepupu yang lain terangkan kat nenek, 'Jauh la nek, jauhhh~ kena naik kapal terbang~'

Acik Mael, pesan tahun lepas, melihat kepada keadaan nenek, 'Mungkin ni kali terakhir raya dengan nenek'

Ayong ingatkan ayong dah mentally prepared, bila Abang Emal mesej ayong, 'Ade dapat berita dari kampung tak?' Waktu tu ayong dah tau nenek dah pergi. Abang Emal suruh ayong call bagitau ibu, relax je suara ayong call ibu. Tapi lepas tu, ayong tak tau kenapa laju je air mata ni keluar.

Dunia ni sekejap je. Semoga nenek tenang di sana. Ayong redha.






Comments

Anonymous said…
Al-Fatihah and condolences. Sorry to hear the news. She will be in the good care of Him, definitely. She will be waiting for you in Heaven, God willing.

Popular posts from this blog

Finally

nurul nabihah bt zakaria~~

jawap soalan, *PIANO*