Finally

Finally, baru tulis new post..

Salam~

Nak tulis pasal adik, tapi tak tertulis-tulis. CONGRATULATIONS TO MY SISTER!! Selamat menempuhi fasa baru di Food Institute of Malaysia. Balik rumah nanti sila kebaboomm kan dapur rumah, masak sedap-sedap, kakak order je eh. Oh, she's been cooking since sek. rendah, siap ade buku resepi sendiri, haaa~ sekarang ko masak la puas-puas sepanjang hidup. Ayat pertama yang keluar dari mulut bila dia cakap akan melanjutkan pelajaran, 'Alaaa, angah. Nanti siapa nak masak?', sebab muka aku memang muka blacklist dalam dapur.

Bila teman angah daftar, terfikir. Ya Allah, sedapnya belajar dikelilingi makanan. Uniform pun lawa. Dapat penasihat Masterchef plak tu. Belajar masak ketung ketang ketung ketang, lebih makanan, bawak balik.

The End. Masuk topik baru.

                                  ****************************************

Result dah keluar.Unfortunately, kena repeat paper Microbiology. Yup! silent killer tu~Sebeluuuuummm result keluar, fikir, mindset, monolog dalaman...

'Whatever it is, don't be pathetic like you used to be' (read: pengalaman kena repeat waktu first year)

'Count your blessings. Develop an attitude of gratitude'

Macam mana boleh tahu result dah keluar? Hahahaha! ade satu phone call, suruh online sebab result dah keluar. Yang kelakarnya, orang yang call tu bukan student Cairo University, dia tengok up date kat Kasr Al-aini 3rd year yang 99% dalam bahasa Arab tu. Bila tanya 'reti Arab ke?'

'When you are the support system of a lady studying at an arabic university, you try to be. Although Google helps a lot as well' LOL!

Waktu scroll down, cari nama, tak rasa apa-apa sebenarnya, tanya diri sendiri 'is it a good sign or a bad sign?'. Alhamdulillah, bila nampak result kena repeat, aku tak melatah.....erk, tak melatah macam waktu 1st year la, air mata sebaldi, drama bagai. *Yuck! drama queen nya kau farhana!!!*

Bukan nak kata, aku tak kisah kena repeat. Kisah. Sangat-Sangat. Semua orang boleh fikir logik kot, siapa yang tak kisah kena baca semula 3 buku tu? Tengok ranking pun aku taknak. Tambah lagi selepas kena tempuhi pandangan orang sejak mid-year exam, hal ni, hal tu. Siap boleh termenung lagi fikir, 'Allah, boleh ke selepas semua yang berlaku ni, aku akan mampu nak lalui satu lagi?'. Sekali, hamek kau. Allah bagi lagi satu 'test'.

Jangan kata, waktu belajar tu, aku tak letak target mumtaz, or make excuses. Oh, tolong jangan reka cerita sendiri, tolong~

Cukup antara aku dengan Dia,
Cukup Dia tau setiap apa aku bisik dalam hati,
Sebab aku tau Dia dengar, Dia jawab,
Sebab aku tau yang bagi semua ni Dia.

Aku pantang orang buat drama melayu dalam hidup aku.
enough is enough.

'count the blessings'

To be frank, selepas pengalaman repeat paper waktu first year, sebenarnya aku pernah terdetik. 'Kalau la, aku boleh ulang balik semua tu, Allah aku tak nak malu depan Kau'. Bukan malu sebab repeat, malu dengan cara aku react dengan ujian tu.

Sebab aku belajar, Ujian tu sebenarnya adalah Peluang.
Definisi 'Peluang' terpulang pada aku sendiri,
So, jangan bising kalau aku selalu cakap, 'orang yang pernah lalui je yang faham'

Bila teringat ni...“Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin. Sesungguhnya setiap urusan baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberikan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur, dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar. Maka kebaikan baginya” (Riwayat Muslim)

marah diri sendiri, 'ko buat perangai macam orang mukmin Ana'


Beberapa minit, selepas result keluar, chatbox pun melimpah. Untuk mereka, (itupun kalau la korang baca blog secikai ni kan) TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK darab sejuta kali. Tak pergi pun dulu kat korang dan kak dira (setiap kali jumpa kak Dira mesti nak peluk) bila korang dulu yang datang, FEELING THE LOVE~~~

                                             she knows i love dragon. thanks tqa!

Tarikh repeat dalam bulan 9, alhamdulillah, tak awal sangat~

Owing to the natural variety of life ­phenomena, the inborn qualities of man differ in each individual case. It would be absurd, therefore, to suppose that all human beings should, or even could, strive towards one and the same "type" of perfection - just as it would be absurd to expect a perfect' race horse and a perfect heavy-draught horse to possess exactly the same qualities. Both may be individually perfect and satisfactory, but they will be different, because their original characters are different. -Quoted- Muhammad Asad 

YOU NEVER KNOW HOW STRONG YOU ARE, UNTIL BEING STRONG IS THE ONLY CHOICE YOU HAVE.


Comments

Belacan said…
Wow! this is Muhammad Asad's quote from Islam at Crossroads, woahh! =D
Anonymous said…
Be strong ana

Popular posts from this blog

jawap soalan, *PIANO*

nurul nabihah bt zakaria~~